Inilah Sebab Mengapa ‘Serban’ Al Marhum Sultan Muhammad Al-Fateh Besar? Allahuakhbar

Mengapa SERBAN Al-Marhum Sultan Muhammad al-Fateh terlalu BESAR ?

Ketahuilah serban tu sebenarnya adalah kain kafannya sendiri. Kain kafan itulah yang Sultan Muhammad al-Fateh duk pakai dan junjung diatas kepalanya tiap masa.

MasyaAllah luar biasa ! Inilah antara Sultan terhebat dalam sejarah, Pemimpin yang berjaya menawan kembali kota terbesar dan terindah di dunia “Constantinople” pada masa itu di usianya baru 21 tahun , Agaknya dari umur berapa lagi beliau mula pakai serban yang adalah kain kafannya sendiri.

Rasullullah صلى الله عليه وسلم bersabda ketika menggali parit semasa perang Khandaq ,

“…Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya sewaktu itu adalah sebaik-baik raja dan tenteranya juga sebaik-baik tentera…” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Selepas 825 tahun lamanya Sabda Rasullulah صلى الله عليه وسلم itu , barulah Konstatinople jatuh ketangan Islam iaitu pada 29 Mei 1453 (857H) dan Rajanya ketika itu ialah Sultan Muhammad Al-Fateh dari Khalifah Uthmaniyyah.

Beliau “Sultan Muhammad Al-Fateh” dilahirkan 29 Mac 1432 M di Adrianapolis (sempadan Turki-Bulgaria). Sultan Muhammad al-Fateh menaiki tahta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451M-1481M).

Sultan Muhammad al-Fateh dididik semenjak kecil oleh gurunya yang merupakan seorang Waliyullah dan Ulama Sufi yakni al-Marhum Sheikh Aq Shamsuddin Al-Wali dari keturunan al-Marhum Saidina Abu Bakar As-Siddiq R.a. Dalam ilmu pepe-rangan, beliau diajar teknik pepe-rangan seperti strategik, memanah, dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera beliau.

Dalam bidang akademik pula, Sultan Muhammad Al-Fateh adalah seorang yang fasih bertutur dalam tujuh bahasa iaitu Bahasa Arab, Bahasa Latin, Bahasa Greek, Bahasa Serbia, Bahasa Turki, dan Bahasa Hebrew.

Dalam bidang ilmu pemerintahan pula, ayahandanya Sultan Murad II, mendidik Sultan Muhammad Al-Fateh bersuluk ke Pulau Magnesia dan telah melantik Sultan Muhammad Al-Fateh yang berusia 12 tahun menjadi Khalifah dan pada usia semuda itu juga, baginda telah mahir tipu daya mu-suh.

Sultan Muhammad al-Fateh sentiasa bersifat tawaduk (merendah diri). Semasa membina Kubu Benteng Rumeli Hissari baginda membuka baju dan serban hanya semata-mata untuk mengangkat batu dan pasir. Tindakan Sultan Muhammad al-Fateh ini menjadi ikutan ulama dan menteri untuk turut sama bekerja. Beliau seorang yang tenang, pendiam, berani, sabar, dan tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Beliau sangat cintakan ulama dan selalu berbincang dengan mereka perihal permasalahan negara.

Selama 2 tahun selepas menaiki tahta Sultan Muhammad al-Fateh telah mengkaji pelan Kota Konstantinopel bagi mengenalpasti titik kele-mahan dan kekuatannya. Beliau mengkaji sebab-sebab kegagalan pepe-rangan² yang terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima tentang strategi yang sesuai digunakan. Strategi yang dilancarkan terhadap tentera Rom ini mengandungi strategi daripada pepe-rangan oleh Rasullulah صلى الله عليه وسلم dan Salahuddin Al-Ayyubi kerana dua ikon hebat ini menjadi tempat rujukan yang paling disanjungi oleh Sultan Muhammad al-Fateh.

Sultan Muhammad al-Fateh mengarahkan dibina peralatan meriam besar yang termoden yang boleh menembak bom seberat 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina ditebing sebelah Eropah lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinopel di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildrim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memecilkan Konstantinopel apabila diserang nanti.

Sultan Muhammad al-Fateh membawa para ulama dan pakar motivasi ke medan perang yang bertujuan memberikan motivasi semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Konstantinopel baginda mengarahkan dilaungkan azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 200,000 tentera islam bersolat dan melaungkan azan yang memecahkan kesunyian alam.

Setelah segala persiapan lengkap diatur, beliau menghantar utusan kepada Raja Byzantine supaya menyerah diri. Keengganan Raja Byzantine menyerah mengakibatkan kota tersebut dikepung pada 19 April 1453M serangan dimulakan. Kota Konstantinopel dihujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya telah rosak tetapi tengahnya masih teguh. Tembok Kota Konstantinopel ini mempunyai tiga lapisan, setinggi 25 kaki dan sejauh 160 kaki

Seterusnya, Sultan Muhammad Al-Fateh telah mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantine telah memusnahkan menara bergerak ini setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Pope di Rom menghantar bantuan 5 armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Uthamiyyah (tentera islam). Ini menaikkan semula semangat tentera Byzantine. Kegembiraan mereka tidak lama.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokkan paginya tentera islam telah memanjat tembok dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit oleh tentera Byzantine menyebabkan ramai tentera islam yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur tetapi bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Sultan Muhammad Al-Fateh. Pada saat, yang genting itu baginda berucap untuk menaikkan semangat tenteranya

“Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku”.

Keesokkannya Konstatinopel dikejutkan dengan kehadiran 70 buah kapal perang Uthmiyyah di Teluk Perairan Golden Horn. Ini adalah kebijaksanaan Sultan Muhammad Al-Fateh yang diberi ilham oleh Allah mengangkut dan menarik kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Taktik ini diakui antara pepe-rangan yang terbaik di dunia oleh para sejarawan barat sendiri. Kesemua 70 kapal ini dapat di tarik dari selat Bhosphorus ke Selat Tanduk Emas dalam masa satu malam sahaja. Kapal ini dialihkan dari selat Bosphorus ke Teluk Golden Horn melalui darat kerana misi mereka memasuki Selat Bosphorus gagal kerana selat itu mempunyai rantai besi yang besar dilaluan ke selat Golden Horn dan gagal diputuskan oleh tentera Islam Uthmaniyyah.

Dikatakan menurut satu riwayat, Sultan Muhammad Al Fateh mendapat mimpi untuk memindahkan kapalnya melalui darat kerana dibelakang kota Konstanitopel merupakan tembok kubu Konstantinopel paling lemah dan pemindahan kapal ini mendapat bantuan Allah.

Selepas ‘melayari’ kapal-kapal ini diatas bukit daratan dan di pindahkan ke Golden horn, Kapal-kapal ini membedil dinding pertahanan belakang kota Konstantinopel. Kapal-kapal perang tentera Byzantine habis terbakar terkenal bedilan meriam Uthmaniyyah.

Pertahanan Byzantine semakin lemah. Sultan Muhammad Al-Fateh mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan tentang hadis Rasullulah saw dan berdoa kepada Allah سبحانه وتعالىٰ.

Hasan Ulubate salah seorang tentera beliau yang mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu Konstantinople sambil mencacak bendera islam disitu. Namun, mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani dengan anak panah musuh. Kemudian, tentera islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantine sambil melaungkan kalimah “Allahu Akbar”.

Akhirnya pada 29 Mei 1453M Kota Konstantinopel jatuh ke tangan islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (islam keseluruhannya) dan kemudian akhirnya di tukar nama Istanbul. Gereja Besar St.Sophie (Hagia Sophia) ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Sultan Muhammad Al-Fateh dengan tawaduk melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah baginda diberikan gelaran “Al-Fateh” yang bermaksud pembuka atau penakluk lantaran kejayaannya membebaskan Kota Konstantinopel.

Ketika solat Jumaat pertama hendak dilaksanakan timbul masalah siapakah yang layak menjadi imam. Sultan Muhammad Al-Fateh memerintahkan semua tenteranya termasuk dirinya untuk berdiri lantas bertanya,

“Siapakah diantara kita sejak baligh sehingga kini pernah meninggalkan solat fardu walaupun sekali, sila duduk!
Tiada seorang pun yang duduk kerana tiada seorang pun diantara mereka pernah meninggalkan solat fardu.

Beliau bertanya lagi, “Siapakah diantara kita sejak umur baligh pernah meninggalkan solat rawatib, sila duduk! Sebahagian tenteranya duduk.

Kemudian, Sultan Muhammad Al-Fateh bertanya lagi, “Siapakah diantara kita diantara mereka sejak baligh pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam”.

Kali ini semuanya duduk kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh. Itu bermakna beliau tidak pernah meninggalkan solat fardu, solat sunat rawatib dan solat tahajud sejak baligh sehingga dewasa walaupun sekali. SubhanAllah.

Sultan Muhammad al-Fateh mening-gal dunia pada 3 Mei 1481M ketika berusia 49 tahun.

Makamnya di Masjid al-Fatih. Di depan pintu masjid tersebut terdapat wasiat Sultan Muhammad al-Fateh yang isinya adalah seperti berikut :

  1. 10 orang Hafizul Quran harus ditugaskan untuk membaca Al-Quran setiap hari Jumat sebelum solat Jumaat.
  2. 20 orang soleh harus ditugaskan untuk mengkhatamkan Al-Quran tiap hari pada solat Subuh.
  3. 20 orang soleh harus ditugaskan untuk membaca 70.000 kalimat tauhid tiap hari pada solat Subuh.
  4.  20 orang harus ditugaskan untuk membaca 10.000 selawat atas Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم pada Subuh.

Wasiat tersebut telah dijalankan di masjid tersebut selama ratusan tahun sehingga kini… Allahuakbar.

والله أعلمُ

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Sumber : Tengku Daeng Mawelle

Related articles