Inilah Kelebihan Baca Bismillah 21 Kali Sebelum Tidur

Setiap kali kita mahu berbuat baik atau memulai pekerjaan diusahakan untuk mengawalinya dengan basmalah (بِسمِ اللّهِ الرَّحمَنِ الرَّحِيم). Ketika hendak makan misalkan. Tidur umpanya. Seboleh mungkin tidak melupakan untuk dimulakan dengan bacaan basmalah (بِسمِ اللّهِ الرَّحمَنِ الرَّحِيم) dalam memulai aktiviti seharian kita.

Banyak keistimewaan yang akan didapat ketika kita membiasakan diri baca basmalah (بِسمِ اللّهِ الرَّحمَنِ الرَّحِيم) dalam kehidupan sehari-hari.

Salah satu keistimewaan dari bacaan basmalah (بِسمِ اللّهِ الرَّحمَنِ الرَّحِيم), sebagaimana disampaikan Imam Muhammad Nawawi Al-Bantani Al-Jawi yang menukil dari Imam Ahmad As-Showi dalam kitabnya Kasyifatussaja berikut:

ومن خواصها اذا تلاها شخص عند النوم احدى وعشرين مرة امن تلك الليلة من الشيطان وامن بيته من السرقة وامن من موت الفجاة وغير ذلك من البلايا.

“Di antara keistimewaan yang dimiliki basmalah (بِسمِ اللّهِ الرَّحمَنِ الرَّحِيم), ketika seseorang membacanya sebanyak 21 kali sebelum tidur, maka pada malam itu ia akan terselamatkan dari gangguan syaithan, terpelihara rumahnya daripada pen-curi, dari ma-ti mendadak (mengejut), dan ben-cana (bala) yang lainnya.

Tidak sedikit orang yang tidak bangun lagi setelah tidur. Banyak juga orang yang terkena gangguan syaithan (si-hir umpanya) ketika sedang lena tidur. Rumah dimasuki pen.curi juga kebiasanya ketika penghuninya terlalu lelap saat tidur.

Oleh karena itu, setidaknya dengan membaca basmalah (بِسمِ اللّهِ الرَّحمَنِ الرَّحِيم) sebanyak 21 kali, kita bertawakkal kepada Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى‎  agar menjaga kita dari kejadian tidak mengenakkan saat tidur.

DIANTARA ADAB-ADAB KETIKA NAK TIDUR:-

  1. Tidur dalam keadaan berwhuduk.
  2. Menghadap kiblat jika memungkinkan.
  3. Tidur berbaring mengiring kearah sebelah kanan.
  4. Bertaubat dari seluruh mak-siat.
  5. Niat akan bangun sebelum subuh untuk melakukan solat tahajjud.
  6. Solat witir sebelum tidur jika tidak yakin bahawa diri akan bangun sebelum azan subuh.
  7. Jangan tidur terlalu lewat jika tiada keuzuran/kepentingan.
  8. Membersih dan membersihkankan tempat tidur.
  9. Sebaiknya menutup aurat walaupun tidur sendiri.
  10. Menulis wasiat sebelum tidur terutama yang berkaitan dengan hak-hak orang lain.
  11. Meletakkan tangan dibawah pipi.
  12.  Membaca zikir sampai tertidur.
  13.  Bersiwak sebelum tidur dan selepas bangun.
  14.  Tidak meletakkan kaki diatas kaki yang lain.
  15.  Tidak tidur meniarap(dada ke bawah).
  16.  Tidak tidur terlalu lama.
  17. Membaca ayat Kursi dan surah al Kafirun
  18.  Membaca surah 3 Qul sebanyak 3 kali.
  19.  Membaca tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir sebanyak 34 kali.
  20. Membaca doa
  21. Membaca 2 ayat akhir surah al Baqarah
  22. Membaca surah al Isra dan az Zumar
  23. Membaca surah al Mulk dan As Sajadah
  24. Memaafkan semua orang
  25.  Membaca bismillah 21 kali

(Ada 35 adab yang disebutkan, dikongsi 25 sahaja)

Related articles