Inilah Ibadah Yang Pasti Diterima Oleh Allah Walaupun Terselit Perasaan Riak

Kita sangat digalakkan berselawat kepada Nabi sallallahu alaihi wasallam Malah, begitu penting sehingga doa kita tidak diterima oleh Allah jika kita tidak berselawat. Perkara ini merupakan satu hakikat kerana hal ini disampaikan sendiri oleh Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam :

“Setiap doa adalah terhalang, sehingga berselawat atas Nabi S.A.W ” (Riwayat Ad-Dailami)

Seperti yang disebut dalam Al-Quran, Allah meletakkan keutamaan dan kepentingan selawat pada kedudukan yang tinggi.

Antara ayat yang Agung dalam di al-Quran adalah ayat perintah berselawat ke atas Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Firman Allah di dalam al-Quran :

إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.” (Al-Ahzab: 56)

Selawat Adalah Satu-Satunya Ibadah Yang Pasti Diterima Oleh Allah SWT.

كل عمل بين القبول والرد إلا الصلاة على النبي فهي تقبل من كل أحد.

Setiap amalan yang dilakukan, sama ada ia diterima oleh Allah atau dito-lak kecuali selawat ke atas Nabi sallallahu alaihi wasallam, selawat itu diterima oleh Allah daripada sesiapa sahaja.

Selawat Tetap Diterima Oleh Allah Walaupun Terselit Perasaan Riak

Seorang murid bertanya kepada Syekh Ali Jumah:

“Syeikh, dalam buku anda tertulis bahawa membaca solawat adalah satu-satunya ibadah yang pasti diterima oleh Allah. Apakah benar demikian? Mohon penjelasannya.”

Syeikh Ali Jumu’ah menjawab:

“Ya, benar. Saya menulis demikian. Bershalawat Nabi adalah amalan yang pasti diterima oleh Allah. Jika kamu bersedekah, dan kamu ingin dipuji, maka sedekahmu sia-sia. Begitu pula jika kamu solat karena ingin diperhatikan manusia, shalatmu tanpa pahala. Tapi jika kamu bershalawat, walaupun kamu riak, kamu tetap akan mendapatkan pahala, karena shalawat berhubungan dengan Nabi Allah yang agung, yaitu Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam

Foto : Maktabah At Tholibil Azhari

Mengapa selawat tetap diterima ALLAH walau terselit perasaan riya di dalamnya?

Bukankah riak itu syi-rik kecil?

“Amalan selawat diterima walau terselit sifat riak dan sum’ah di dalamnya sebagai satu keistimewaan dan keagungan amalan selawat. Kerana dalam selawat ada cinta kepada kekasih Allah, iaitu Rasulullah. Tidak mengapa untuk mempamerkan cinta. Jika seseorang itu dipuji kerana selawatnya, maka memang layak orang itu dipuji. Kerana pujian itu akan kembali kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam jua”

Disediakan oleh : @viralmalaysiaku

Related articles