Inilah Amalan Dan Sifat Yang Diamalkan oleh Almarhum Ustaz Ku Yaacob, Kisah Imam Pergi mengadap ilahi Ketika Membaca Khutbah

Allah gerak hati yang rakam video untuk dijadikan bukti kepada kita yang masih hidup, inilah bukti m4ti dalam keadaan baik, berwuduq, menyampai khutbah, berbaju putih sunnah serban, Allahhuakbar

Mendapat perkhabaran Ustaz Ku Yaacob Ku Hashim telah kembali ke Rahmatullah. Beliau jatuh ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Bukhary .

ADVERTISEMENT

Kemaa tian yang luar biasa. Berdakwah sehingga akhir hayat. Kem4tian pada hari Jumaat ketika menyampaikan khutbah. Hari ini beliau berkhutbah dihadapan DYTM Raja Muda, Sahibussamahah Mufti Negeri Kedah dan hadirin yang hadir.

Ketika zaman belajar, kuliah maghrib setiap hari Isnin oleh beliau di surau SMKA Kedah. Tidak silap beliau mengajar kitab Al Azkar. Pernah bermusafir bersama beliau dan Ustaz YI ke Kuala Lumpur bagi membantu pasukan “Hiwar” dan peserta-peserta lain dalam pertandingan antara SMKA seluruh Malaysia di SMKA Kuala Lumpur.

Kami tidur bersama dengan Ustaz Ku Yaacob dan Ust YI di asrama SMK Segambut Jaya. Tidur diatas katil asrama dua tingkat dalam dorm pelajar. Sama-sama mandi dibilik air terbuka asrama.

Selepas tamat STPM di KISAS, saya ke SMKA Kedah menghantar skema soalan dan nota rujukan kertas syariah kepada ustaz dan beberapa orang guru lain mengikut mata pelajaran untuk dikongsi dengan pelajar-pelajar SMKA Kedah.

ADVERTISEMENT

Seorang yang warak. Jarang marah. Seingat saya sekali sahaja kami dileteri kerana sebahagian besar kami lena dan tak bawa kitab semasa kuliah maghrib beliau.

Seorang guru dan pendidik yang hebat sehingga akhir hayat.

ADVERTISEMENT

Semoga Allah merahmati arwah Ustaz.

sumber : fb Faisal Mustaffa

ADVERTISEMENT

Related articles