Ini Yang Dilakukan Oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم Ketika Menaiki ‘Kenderaan’

Berdasarkan satu riwayat (yang dinilai sahih) dalam Sunan Abi Daud daripada saidina Ali رضي الله عنه  ini adalah doa yang diamalkan oleh beliau sebagaimana yang beliau lihat Rasulullah صلى الله عليه وسلم  lakukan.

1. Ketika meletakan kaki di tempat letak kaki (untuk menaiki binatang tunggangan) dibaca بسم الله. ( Dalam situasi hari ni, masa mula nak naik motor, naik kereta, nak melangkah masuk ke dalam kapal terbang dan lain-lain )

2. Setalah duduk maka dibaca الحمد لله. Selepas itu dibaca doa yang masyhur (ia sebenarnya ialah ayat al-Quran dari surah al-Zukhruf ayat 13,14):

سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُون

Maha Suci Zat yang telah menundukkan untuk kami (kenderaan) ini dan sesungguhnya kami tidak mampu untuk menundūkkānnya. Sesungguhnya kami pasti akan kembali hanya kepada Tuhan kami.

3. Membaca الحمد لله sebanyak tiga kali.

4. Membaca الله أكبر sebanyak tiga kali.

5. Membaca doa:

سُبْحَانَ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

Maha Suci Engkau (Wahai Allah). Sesungguhnya aku telah menzālīmi diriku (dengan kezālīman yang banyak), maka ampunkanlah aku kerana sesungguhnya tiada yang boleh mengampunkan dōsā-dōsā kecuali Engkau.

Ketika manusia menaiki kenderaan, terutamanya pada hari ini, manusia seringkali tērdedāh kepada māra bahāya dan kecēlakāan.

Oleh itu, disamping ucapan syukur di atas nikmat kenderaan, Rasulullah صلى الله عليه وسلم  juga mengajar umatnya supaya bertaubat kepada Allah سبحانه و تعالى‎  supaya, jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, maka dia telah mātī dalam keadaan bertaubat.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku

Related articles