Umum mengetahui solat sunāt fajar atau solat sunāt Subuh merupakan ibadah sunāt yang sangat dītuntut melakukannya. Tidak dinafīkan lagi terdapat pelbagai kelebīhan dan ganjaran yang dijanjikan kepada sesiapa yang melakukānnya.
Ini seperti mana yang disebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah رضي الله عنها , sabda Nabi صلى الله عليه وسلم
لَمْ يَكُنِ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى شَيْءٍ مِنَ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مِنْهُ تَعَاهُدًا عَلَى رَكْعَتَيِ الفَجْرِ
Maksudnya: “Tidak pernah dilihat Nabi صلى الله عليه وسلم begitu mengambil berāt berkaitan solat-solat sunāt sebagaimana Baginda صلى الله عليه وسلم mengambil berāt tentang dua rakaat fajar”. [Riwayat al-Bukhari (1116)]
Saidatina Aisyah رضي الله عنها , sabda Nabi صلى الله عليه وسلم
رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا
Maksudnya: “Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunīa dan seisinya”. [Riwayat Muslim (725)]
Dua Surah Terbaik bagi Solat Sunat Qabliyyah Subuh
Namun mungkin ada diantara kita yang belum mengetahui di dalam ada dua surah terbaik (dibaca ketika solat) bagi solat sunat qabliyyah Subuh.
Ini berdasarkan daripada sebuah hadis Nabi صلى الله عليه وسلم
عن عائشة عنها قالت: كان شو الله لا يقول: نغم الشورتان ها قرآن في العين قبل الفجر: (قل یا ائنا الكاوژون) و (قل هو الله أحد)
Daripada Sayyidatina ‘A’ishah bu, beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah bersabda:
“Sebaik-baik dua surah, kedua-duanya dibaca di dalam [solat sunat qabliyyah] dua rakaat sebelum [solat fardu] subuh, adalah:
[Surah al-Kāfirūn:] (قل یا ائنا الكاوژون) “Katakanlah (wahai Nabi Muhammad) : “Hai orang-orang kāfīr!.”
[Surah al-Ikhlās:] (قل هو الله أحد) “Katakanlah (wahai Nabi Muhammad) : “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.”
(Ibn Hibban (354H): Sahih Ibn Hibban), No. 2461 [Lataz di atas]; (Ibn Mājah (273H): Sunan Ibn Mājah), No. 1150; (Ahmad (241H): al-Musnad), No. 25490 & (al-Bayhaqi (458H): Shu’ab al-Iman), No. 2556.
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Oleh : Viral Malaysia Ku