Imam Bangun Ke Rakaat Kelima, Apakah Yang Perlu Dilakukan Oleh Makmum?

Soalan

Imam bangun ke rakaat kelima apakah yang perlu dilakukan oleh makmum

Jawaban

Dalam situasi ini makmum terbahagi kepada dua bahagian, pertama muwafīq kedua masbuq

Jika makmum muwafīq maka tidak harus bagi makmum untuk bangun mengikuti imam bahkan hendaklah makmum tersebut duduk sambil menunggu imam atau mufaraqah dengan imam . Menunggu imam adalah terlebih afdhal. Perbuatan imam itu tidak membātalkan solatnya jika dibuat dengan tidak sengāja.

Jika makmum itu masbuq dan dia mengetahui itu adalah rakaat kelima imam maka hukumnya sama dengan diatas iaitu dia tidak boleh bangun dan dia mempunyai dua pilihan seperti diatas (menunggu dalam duduk atau mufaraqāh dan sempurnakan rakaatnya)

Adapun jika makmum masbuq itu mengikut imam bangun hal keadaan dia tidak mengetahui itu rakaat kelima imam maka solatnya tidak batāl dan rakaatnya itu sah

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber : Ahmad Lufti Abu Faqeh

Related articles