Ikan Parang Masak Lemak Lada Hitam Dengan Daun Pegaga. Resepi Lauk Dalam Pantang Orang Dulu-Dulu!

Bila sebut sahaja menu berpantang, yang akan terlintas dikepala kita ialah menu yang membosankan. Ada pelbagai variasi menu pantang yang ada pada hari ini. Selain menu berpantang pada yang hari ini, menu lauk dalam pantang orang dulu-dulu juga terkadang menjadi pilihan.

Antaranya ialah resepi Ikan Parang Masak Lemak Lada Hitam dengan Daun Pegaga perkongsian Azimah Abdul Malik ini. Memang sedap, jangan kata orang berpantang kita yang tidak berpantang pun pantang jumpa, berselera dibuatnya.

Mari kita ikuti perkongsian di bawah ini.

IKAN PARANG MASAL LEMAK LADA HITAM DENGAN DAUN PENGAGA

Resepi lauk dalam pantang orang dulu-dulu. Sebenarnya rindu kat air tangan arwah Mak. Resepi ni adalah lauk yang arwah mak masakkan untuk Kak Ngah masa bersalin 20 tahun dulu.

Resepi asal, ialah kunyit hidup ditumbuk dengan biji lada hitam. Masak macam masak lemak tapi masak hingga pekat sampai kering. (Orang dalam pantang kan tak boleh makan berkuah)

Arwah mak guna kunyit hidup dan letak asam gelugor. Sedapnya masam-masam, pedas lada hitam, berpeluh-peluh lepas makan. Letak daun Pegaga. Cukup khasiat untuk lauk berpantang.

  • Protien – Ikan
  • Vitamin – Sayur
  • Kunyit hidup – anti radang dan bagi darah kotor keluar
  • Lada hitam – bagus untuk panas kan badan
  • Asam keping – kecut kan rahim.

Tapi hari ni Kak Ngah derhaka sikit buat lauk ni ada berkuah sikit sebab nak bagi puas makan. Sape-sape yang berpantang boleh le cuba resepi ni.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 sb Lada hitam (tumbuk)
  • 3 inci Kunyit hidup (tumbuk)
  • 2 keping Asam gelugor
  • Daun pegaga
  • 1 cawan Santan pekat
  • 3 ketul Ikan pilihan (tenggiri / parang)

CARA-CARA MEMASAK

1. Ikan, bahan tumbuk, Asam keping di rebus guna satu stengah cawan Air.

2. Ikan dah separa empuk, masukkan santan pekat & pucuk pegaga

3. Perasakan garam, Masak dengan api sederhana hingga pekat / kering.

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Azimah Abdul Malik

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles