Ikan goreng adalah menu hidangan biasa yang bukan sahaja enak dimakan, malah ia menu yang ringkas dan mudah untuk disediakan. Cara masakannya juga ada perbagai dan ianya sesuai untuk pelbagai jenis ikan.
Kebiasaan kita, jika menggoreng ikan hanya lumurkan dengan garam dan kunyit saja betul. Namun jika anda tambah satu bahan ini, ikan goreng anda akan bertambah lebih sedap. Nikmat sangat rasanya, lain daripada yang lain
Bahan apa tu? Bahan yang memang sedia ada didapur. Perkongsian oleh Nur Darwisya Qasdina ini mesti dicuba. Rupa-rupanya ramai yang tambah dapur ini untuk jadikan ikan goreng lebih sedap. Jom!
GAUL 3 BAHAN INI, IKAN GORENG AKAN LEBIH SEDAP
Selama 35 tahun hidup.. Nie la first time makan ikan goreng sedap.. Ikan goreng je kann..tu pon nak kecoh orang cakap.
Korang try buat.. baru tau kecoh ke tak kecoh. Nīkmat sangat rase dia..lain dari lain. Mak mertua yang ajar.
BAHAN-BAHAN
- Asam Jawa
- Garam
- Serbuk Kunyit
Asam jawa, garam, serbuk kunyīt. Lumurkan bahan tu dekat ikan..
Nak perap kejap boleh.. Nak terus goreng pon boleh..
Ikan memang akan bertukar colour hītam.. Sama jugak minyak masak pon akan bertukar colour..
Tapi rase diaaa sedapp sangat..
Buat ratah memang tak sedar 2 atau 3 ekor sorang-sorang hadap.. cube lah..
Jangan kecam tau.. even ikan goreng rase dia memang padu kalau buat macam ni..
MEMANG SEDAP DAH SELALU BUAT
BETUL SANGAT, DARI KECIK MEMANG MAK GORENG MACAM NI
DAH TRY, SERIUS SEDAP!
SEMUA BOLEH GORENG MACAM NI (AYAM, DAGING, UDANG DLL)
Menarik dan mudah kan? Selamat Mencuba semua!
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku
Oleh : Viral Malaysia Ku
Kredit : Nur Darwisya Qasdina via Majalah PaMa