Ikan Bakar Sumbat Rempah Ratus, Rugi Sangatlah Kalau Tak Cuba!

Ikan bakar sumbat remoah ratus resepi madura ini antara menu hidangan yang boleh anda cuba. Penyediaannya mudah dan ringkas malah rasanya sangat sedap. Rugi sangatlah kalau anda tak mencubanya.

Anda cuma perlu cuma tumbuk bahan-bahan yang diperlukan, lumur dan sumbat pada ikan. Kemudian balut ikan dan bakar di dalam oven selama lebih kurang 20 minit. Sudah tersedia hidangan sedap dan lazat untuk ahli keluarga menikmatinya.

Nak lebih sedap boleh dimakan bersama cili kicap yang ada perahan limau, memang kick rasanya.

Mari ikuti perkongisan di bawah ini.

BACA JUGA : Cara Buat Cabai Picit, Sambal Teringkas. Makan Dengan Ikan Bakar & Ulam, Sedapnya Terangkat!

IKAN BAKAR SUMBAT REMPAH RATUS

Menu rare keluarga kami, ikan bakar sumbat rempah ratus resepi Madura. Ramai yang tanya resepi ni, saya share ye..

BAHAN-BAHAN :

  • Ikan Cencaru (Dikelar/belah belakang)
  • Daun limau purut
  • Daun kunyit (untuk balut ikan)

BAHAN TUMBUK/KISAR

  • Bawang Putih 3 ulas
  • Bawang merah 7 biji
  • Buah keras 5 biji
  • Lada Puteh 9 biji (kalau tak nak pedas kurang kan)
  • Asam jawa ikut selera
  • Cabai hidup/besar merah 3 biji

CARA-CARA :

  1. Tumbuk ke semua bahan-bahan untuk menumbuk di atas. Kemudian, tumis di atas dapur hingga masak.
  2. Masukkan daun limau purut dan carik-carikkan semasa bahan sedang ditumis.
  3. Angkat dan sejukkan. Selepas itu, sumbatkan ke dalam ikan cencaru yang sudah dibersihkan. Bagi penuh dalam perut ikan. Kalau ada lebih, boleh lumur dibahagian luar ikan.
    ikan bakar sumbat rempah ratus
  4. Lepas dah sumbat bahan dalam ikan, rehatkan seketika dan biarkan meresap kedalam isi ikan.
  5. Kemudian, balut ikan dalam daun kunyit dan letakkan juga sedikit minyak supaya tak melekat.
    ikan bakar sumbat rempah ratus
  6. Dan bakar sehingga masak menggunakan oven.

Dah siap untuk dihidangkan.

ikan bakar sumbat rempah ratus

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Fannil Nadzirah

Related articles