Ibu Yang Bergelar Suri Rumah, Sangat Bagus Jika Dapat Diamalkan Doa Ini Setiap Hari

Menjadi surirumah bukanlah suatu perkara yang mudah. Nampak mudah hakikat tidak. Rutin harian dan kerja yang tidak pernah habis. Kadang-kadang terlalu penat sampai nak makan pun tak sempat. Namun begitu, bukan semua orang boleh faham apa yang kita lalui, mahupun pasangan kita sendiri.

Oleh Itu, inilah peluang kita untuk mengadukan kepada Allah, memohon diberi kekuatan dan dipermudahkan urusan.

ADVERTISEMENT

Untuk para ibu di rumah, bagus kalau dapat diamalkan doa ini setiap hari.

1) Untuk Dipermudahkan Urusan Yang Berat

يَا لَطِيفًا لَم يَزَلْ، اُلْطُفْ بِناَ فِيمَا نَزَل. أَنتَ لَطِيفٌ لَم تَزَل. اُلْطُفْ بِناَ وَالْمُسلِمِينَ.

“Wahai Yang selalu lembut, berlembutlah kepada kami atas segala ketentuan-Mu, kerana sesungguhnya Engkau Maha Lembut selama-lamanya. Berlembutlah kepada kami dan orang-orang muslimin”

2) Untuk Menghilangkan Rasa Risau Dan Gelisah Yang Terlalu Kuat.

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَن

ADVERTISEMENT

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan.”

3) Untuk Dikurniakan Ketabahan Hati Dan Kesihatan Tubuh Badan

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد طِبِّ القُلُوبِ وَدَوَاءِهَا وَعَافِيَةِ الْأَبْدَانِ وَشِفَاءِهَا وَنُورِ الأَبصَارِ وَضِيَاءِهَا وَعَلَى آلِهِ وصَحْبِهِ وَبَارِك وَسَلِّم

ADVERTISEMENT

“Ya Allah, berilah selawat (rahmat) ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w., penyembuh hati-hati dan pengubatnya, dan penyejahtera badan dan penawarnya, dan juga cahaya penglihatan dan sinarnya, serta berilah juga selawat (rahmat), barakah dan salam ke atas keluarga dan sahabatnya”.

Semoga Allah SWT sentiasa merahmati para ibu, yang mereka ini sentiasa mengasihi ahli keluarganya.

Sumber : Ibn L-Abidin
Disediakan oleh : @viralmalaysiaku

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Baca, paham, amal dan sebarkan. Moga kita termasuk dalam kalangan orang yang beramal dengan hadis diatas. Amin Allahuma Aamin.

ADVERTISEMENT

Related articles