Ibu Tunggal Yang Hebat ‘Tak Sibuk Cari Peganti’ Hingga Genggam Master Di UK “Demi Tuntut Ilmu”

Luar biasa semangat dan menjadi sumber inspirasi buat mereka yang sedang menuntut ilmu daripada ibu muda ini

Menurut Farah atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli, penat lelah dan pengorbanan sejak 2018 menjadi berbaloi apabila dia menggenggam Sarjana Pendidikan Kanak-Kanak.

Selepas menunggu dua tahun, selebriti media sosial Farah Lee akhirnya dapat meraikan hari konvokesyen pada sebuah majlis graduasi di University of Leeds, United Kingdom pada Selasa lalu.

Lebih bermakna, ramai insan tersayang hadir meraikan kejayaannya. Bukan hanya ibu dan adik-beradik malah kenalan rapat turut meluangkan masa bersama-sama wanita hebat itu

Wanita berusia 30 tahun itu mengakui, kejayaan tersebut bukan satu perjalanan yang mudah untuk dilalui bersama anak perempuannya Maream Esabel apatah lagi menjalani kehidupan di negara asing.

TERIMA KASIH ANAKKU

“Alhamdulillah Maryam, kita berjaya lakukannya! Terima kasih atas kesabaran dan sokongan kamu sejak hari pertama kita berada di sini. Ketika itu, kamu masih kecil tetapi sangat memahami, suka menolong dan tabah.

“Saya tahu, ia bukan perkara mudah bagi kamu. Kamu sangat gembira dan menunggu hari graduasi saya. “Omma, hari ini hari awak” dan kejayaan ini adalah untuk kamu Maream. Batik yang sama ketika ‘degree’ di Korea Selatan.” ujarnya.

“Dunia baru, wajah baru, kehidupan baru. Kenangan, kerīngat, air mata, kesakītan, senyuman, tawa dan kasih sayang, semuanya membuatkan ia menjadi hari terindah!,” katanya yang mesra dipanggil Omma.

“Pada 11.09.2018, seorang ibu tunggal bersama anaknya yang baru berusia empat tahun melangkah keluar dari kapal terbang di tempat asing, meninggalkan semua orang yang mereka kenali, gaya hidup selesa; demi ilmu.

Selain itu, dia yang juga pemilik butik Omma & Esabel membuat dedikasi istimewa buat Maream yang sentiasa sabar dan menyokong ibunya dalam usaha menuntut ilmu sehingga menamatkan pengajian.

Bekas isteri kepada pengacara dan personaliti televisyen Ally Iskandar itu berkongsi kegembiraan tersebut dengan memuat naik beberapa posting di laman Instagram.

Farah dan Ally mendirikan rumah tangga pada 20 Januari 2012 dan mengambil keputusan untuk berpisah pada 17 Ogos 2016. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurnaiakan Maream yang kini berusia lapan tahun.

“Saya tahu, ia bukan perkara mudah bagi kamu. Kamu sangat gembira dan menunggu hari graduasi saya. “Omma, hari ini hari awak” dan kejayaan ini adalah untuk kamu Maream,” ujarnya.
Batik yang sama ketika ‘degree’ di Korea Selatan

Tahniah diucapkan, semoga sentiasa bahagia dan berjaya.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel-artikel yang lebih menarik

Oleh : Viral Malaysia Ku
Kredit/Foto: Farah Lee, Mimbar Raudah

Related articles