Ibu Ini Kongsi Resipi Roti Goreng Berinti, Laku Keras Dimakan Anak-Anak!

Anda dah rasa bosan dengan menu roti telur,roti sardin atau roti sandwich?

Apa kata anda cuba pulakk degan menu ini sedikit kelainan tapi Insyaallah rasanya sedap dan uuummmmmhhh!!

Jom cuba resepi roti goreng berinti perkongsian Munierah Eyra di bawah ini.

ADVERTISEMENT

BACA JUGA : Garlic Bread Ketagih Memang Sedap, 1 bungkus Roti Gardenia Panjang Habis Sekelip Mata Je!

ROTI GORENG BERINTI

roti goreng berinti

BAHAN-BAHAN :

  • Roti
  • Inti
  • Telur
  • Breadcrumbs

BAHAN INTI :

  • 4-5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 4-5 ketul ayam dicincang halus(blander pun boleh)
  • 1 bungkus sayur campur
  • Sedikit sos tiram
  • Sos cili cap arnab (jenama lain pun boleh)
  • Serbuk lada putih dan hitam

CARA MEMEASAK :

1. Tumis bawang merah dan putih sehingga naik bau.

2. Seterusnya masukkan ayam cincang biar sekejap sehingga isi ayam dah betukar warna menjadi putih.

ADVERTISEMENT

3. Kemudian masukkan sayur campur, masak sehingga air kering.

ADVERTISEMENT

4. Setelah itu barulah masukkan lada hitam, lada putih, sos cili dan sos tiram. Masak sampai tidak berair. Boleh ditambah garam dan gula jika perlu, saya dah tak tambah sebab dah cukup rasa.

5. Siap inti. Boleh ke langkah seterusnya,  rujuk gambar di bawah :

roti goreng berinti

Tips nak bagi roti tak berminyak ketika goreng pastikan minyak betul-betul panas dan goreng sekejap sahaja jangan biar telalu lama, bila dah nampak garing terus angkat. Sebab semua bahan inti dah cukup masak.

Siap untuk dihidangkan. Serius sedap baaaqq haaannggg!

roti goreng berinti

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Munierah Eyra

ADVERTISEMENT

Related articles