Ibu Ayah Baca Zikir Ringkas Ini Setiap Kali Keluar Daripada Rumah Dan Ajarkan Pada Anak-Anak

Hampir setiap hari, kita akan keluar dari rumah untuk melaksanakan pelbagai urusan. Yang pastinya ramai diantara kita akan keluar rumah setiap pagi ke tempat kerja, ada yang ingin menghantar anak-anak ke sekolah, ada para ibu atau suri rumahtangga pergi ke pasar untuk membeli barang keperluan dapur, keluar ke kebun dan pelbagai lagi.

Ia dilakukan bagi memenuhi keperluan asasi setiap manusia serta untuk berinteraksi sesama manusia. Di sini Islam mengajar kita melalui lisan Nabi kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam iaitu doa atau zikir yang dibaca setiap kali keluar rumah untuk melakukan sesuatu urusan.

Namun berapa ramai di antara kita yang selalu berdoa atau membaca zikir apabila kita keluar rumah untuk ke tempat kerja atau ke mana-mana sahaja destinasi?

Jawapannya hanya ada pada diri kita sendiri.

Kami ingin kongsikan kepada pembaca, satu sunnah doa (zikir) ringkas yang diajarkan oleh Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam iaitu zikir  keluar rumah yang mana jika kita mengamalkannya diantara kelebihannya nescaya syai-tan akan ambil jalan lain untuk elakkan terserempak dengan kita, diberi hidayah, dicukupkan keperluan dan diberikan perlindungan oleh Allah Subhanahu wa-ta’ala

Sunnah Mengamalkan Zikir Ini Sebelum Keluar Rumah

إِذَا خَرَجَ الرَّجُلُ مِنْ بَيْتِهِ فَقَالَ: “بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ” قَالَ: « يُقَالُ حِينَئِذٍ: هُدِيتَ وَكُفِيتَ وَوُقِيتَ. فَتَتَنَحَّى لَهُ الشَّيَاطِينُ، فَيَقُولُ لَهُ شَيْطَانٌ آخَرُ: كَيْفَ لَكَ بِرَجُلٍ قَدْ هُدِىَ وَكُفِىَ وَوُقِىَ

Maksud: “Jika seseorang keluar dari rumahnya lalu membaca zikir: Bismillahi tawakkaltu ‘alaihi, walaa haula wala quwwata illa billah (Dengan nama Allah, aku berserah diri kepadaNya, dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolonganNya), maka Malaikat akan berkata kepadanya: “(sungguh) kamu telah diberi petunjuk (oleh Allah ta’ala), dicukupkan (dalam segala keperluanmu) dan dijaga (dari semua keburukan)”, sehingga syai-tan pun tidak boleh mendekatiya dan syai-tan yang lain berkata kepada temannya: “Bagaimana (mungkin) kau boleh (memberi kece-laka-an) seorang yang telah diberi petunjuk, dicukupkan dan dijaga (oleh Allah Ta’ala).” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 5095)

Pembaca boleh dengar penjelasan ringkas oleh Ustaz Syed Mohd Norhisyam al-Idrus berkenaan zikir ringkas ini

Suka juga untuk kami kongsikan kepada pembaca sedikit adab-adab ketika ketika keluar rumah untuk melaksanakan tuntutan keperluan harian kita.

Islam telah menggariskan beberapa garis panduan dan adab dalam setiap perkara termasuklah buat mereka yang ingin keluar rumah bagi menyelesaikan urusan harian, antaranya:

#1 – Memastikan memakai pakaian yang mengikut syariat

#2 – Mendahulukan kaki kiri ketika keluar (masuk rumah dengan kaki kanan)

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ فِي تَنَعُّلِهِ وَتَرَجُّلِهِ وَطُهُورِهِ وَفِي شَأْنِهِ كُلِّهِ

Maksud: “Nabi SAW menyukai untuk memulakan dari sebelah kanan ketika memakai selipar, menyikat rambut dan bersuci dalam semua urusan.”

#3 – Membaca doa (zikir) ketika keluar rumah

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ

Bismillahi tawakkaltu ‘alaihi, walaa haula wala quwwata illa billah (Dengan nama Allah, aku berserah diri kepadaNya, dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolonganNya)

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

 

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@viralmalaysiaku

Related articles