
Mesyuarat Jawatan Kuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 4/2019 yang bersidang pada 21 dan 22 Ogos 2019 telah membuat keputusan berdasarkan pembentangan hasil kajian yang dijalankan dan memutuskan seperti berikut:
- Hukum penggunaan mesin basuh dan dobi bagi membersihkan pakaian bernajis adalah harus kerana ia dapat menghilangkan kotoran dan najis daripada pakaian yang dibasuh.
- Ia merupakan inovasi basuhan pakaian yang boleh dimanfaatkan oleh umat Islam untuk kesenangan ibadat kepada Allah Subhanahu wa-ta’ala.
- Kaedah ini berpandukan kefahaman sumber al-Quran dan Sunnah Nabi ﷺ . Para fuqaha’ khususnya Syafi’iyyah telah memperincikan kaedah pembersihan najis dan kotoran menggunakan pelbagai insurmen khusunya air bersih (mutlak) dan bahan-bahan lain yang diyakini membersihkan na.jis (mutahhirat) seperti sabun, sertu, samak dan seumpamanya.
Kaedah-kaedah yang disarankan adalah berdasarkan ijtihad dan kajian setempat pada zaman masing-masing, berdasarkan realiti keupayaan mengesan serta kemampuan menghilangkan tiga unsur najis iaitu bau, warna dan rasa. - Dari segi metode basuhan, penggunaan air kurang daripada dua kolah dalam basuhan mesin basuh dan dobi tidak menimbulkan masalah hukum kerana berlakunya pengaliran air (murur al-ma’) keatas pakaian. Cara pengaliran air seperti ini tidak bertentangan dengan kaedah pembersihan najis yang diutarakan oleh Syafi’iyyah dan jumhur fuqaha’ lain. Dalam mod standard mesin basuh pertama, semua sisa bercampur “detergen” akan dikeluarkan sebelum masuknya air baharu untuk pusingan kedua. Selepas air pusingan kdeua dikeluarkan, proses pengeringan (spining) pakaian akan bermula. Didapati bahawa air basuhan telah beberapa kali disalin secara tidak langsung menyingkirkan kesan najis pada air tersebut sebelum dikeringkan.
Sinopsis
Pada hari ini, terdapat pelbagai kemudahan untuk membersihkan pakaian bernajis seperti mesin basuh automatik dan perkhidmatan dobi layan diri yang digunakan oleh semua orang. Namun timbul keraguan terhadap kesucian pakaian yang dibasuh menggunakan mesin tersebut kerana kaedah pembersihan tidak sepertimana yang dibincangkan oleh fuqaha’ sebelum ini. Buku ini menerangkan perihal hukum pembersihan na.jis dan kaedah pembersihan na.jis secara khusunya.
Tuan dan Puan boleh muat turun secara percuma buku Hukum Kebersihan Pakaian Berna.jis Mengunakan Mesin Basuh – Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang 2020 disini
Sumber : Jabatan Mufti Pulau Pinang