Hukum Membaca Surah Yang Sama Pada Rakaat Pertama Dan Kedua

BACA SURAH YANG SAMA PADA KEDUA RAKAT

SOALAN :

Jika telah membaca satu surah pada rakaat yang pertama adakah boleh kita baca sekali lagi surah yang sama pada rakaat yang kedua?

JAWAPAN :

Apabila seorang telah membaca satu surah selepas fatihah pada rakaat yang pertama lalu pada rakaat yang kedua dia membaca surah yang sama juga maka hukumnya adalah harus.

Telah diriwayatkan daripada Muaz bin Abdullah Al-Juhani رضي الله عنه katanya :

أن رجلًا من جُهَيْنَةَ أخبره: “أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وآله وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الصُّبْحِ ﴿إِذَا زُلْزِلَتِ الْأَرْضُ﴾ فِي الرَّكْعَتَيْنِ كِلْتَيْهِمَا، فَلَا أَدْرِي أَنَسِيَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وآله وَسَلَّمَ أَمْ قَرَأَ ذَلِكَ عَمْدًا

Artinya “ Bahawasanya seorang lelaki dari Juhainah memberitahunya sungguhnya dia telah mendengar akan Nabi صلى الله عليه وسلم membaca pada solat subuh akan surah ( إِذَا زُلْزِلَتِ الْأَرْضُ ) pada kedua-dua rakaat. Maka aku tidak tahu adakah Rasulullah صلى الله عليه وسلم lupa atau sengaja membaca yang demikian itu?” (Hadith riwayat Abu Daud & Ahmad)

Berkata Imam Ibnu Quddamah :

وإن قرأ في ركعة سورة ثم أعادها في الثانية فلا بأس

Artinya : “Dan jika seorang itu membaca pada satu rakaat akan satu surah kemudian dia mengulanginya pada rakaat yang kedua maka tidaklah menjadi kesa’lahan.” (Kitab Al-Mughni)

Dan pendapat yang mengharuskan mengulangi surah yang sama pada dua rakaat itu adalah pendapat jumhur ulamak.

Tersebut pada Kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah :

ذَهَبَ الْجُمْهُورُ مِنْ الْحَنَفِيَّةِ وَالشَّافِعِيَّةِ وَالْحَنَابِلَةِ إلَى أَنَّهُ : لَا بَأْسَ لِلْمُصَلِّي أَنْ يُكَرِّرَ السُّورَةَ مِنْ الْقُرْآنِ الَّتِي قَرَأَهَا فِي الرَّكْعَةِ الْأُولَى

Artinya : “Telah berjalan oleh jumhur ulamak dari mazhab Hanafi dan Syafie dan Hanbali kepada tidak mengapa bagi orang yang solat mengulangi akan surah yang sama dari Quran yang telah dibacanya pada rakaat yang pertama.”

KESIMPULAN

Harus membaca surah yang sama pada rakaat yang kedua walau pun dia telah membaca surah tersebut pada rakaat yang pertama samada solat sendirian atau menjadi imam atau makmum.

Membaca surah yang berlainan pada rakaat yang pertama dan yang kedua adalah afdhal.

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Sumber : Ustaz Azhar Idrus

Related articles