Hukum Gantung Gambar Keluarga Dalam Rumah, Sebenar Boleh Ke? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Ada sebahagian ustaz-ustaz menjelaskan tidak boleh menghias gambar-gambar keluarga di dinding rumah.

Tak boleh!

Pendapat saya (Ustaz Azhar Idrus) pula, dengar dan faham dulu.

Saya tidak boleh beri pendapat. Yang boleh beri pendapat adalah para Fuqaha’ , ahli Feqah. Yang muktabar. Faham?

Mujtahid.

Kita bukan mufti pun, kita ustaz sahaja. Orang kampung sahaja. Cuma kita terjemahkan dari kitab-kitab arab. Tolong terjemah kemudian sampaikan kepada orang kampung (awam).

Jadi, saya tidak boleh (tidak layak) beri pendapat. Yang saya mengajar bukan pendapat saya, semua itu qaul-qaul (pendapat-pendapat) para Fuqaha’ yang diambil dalam kitab-kitab Fattawa, Kitab Hadith dan Kitab-kitab Fiqh.

Saya hanya tolong jawab (nukilkan) sahaja. Semuanya himpunan jawapan-jawapan para Ulama belaka.

Jadi, saya idak boleh beri pendapat, cuma boleh jawab. Jawab itu bukan pendapat saya, pendapat ulama-ulama

Jumhur ulama memang melarang untuk kita menggantung gambar-gambar bernyawa sebagai hiasan di dinding rumah.

Ini pandangan/pendapat yang paling kuat, kerana hadis

لاَ تَدْخُلُ الْمَلاَئِكَةُ بَيْتًا فِيهِ صُورَةٌ وَلاَ كَلْبٌ وَلاَ جُنُبٌ

Malaikat tidak masuk dalam rumah yang ada ( كَلْبٌ )anjīng bela di dalam rumah.

Yang kedua صُورَةٌ , ada gambar atau pun ada patung-patung. Cuma pada permasaalahan gambar bernyāwā berlaku khilaf (perselisihan) pendapat dalam kalangan ulama.

Patung yang jenis beli memang hārām.

Masalah gambar bersanding, gambar nikah, gambar konvo, ada khilaf. Setengah ulama mengatakan boleh, setengah ulama mengatakan tidak boleh.

Jadi yang terbaiknya adalah al-Khuruj min al-Khilaf” iaitu keluar daripada khilaf.

Sunat untuk kita keluar daripada khilaf para ulama, ambil pendapat yang mengatakan tidak boleh.

Gambar-gambar kita jenis bersanding, nikah, konvo semua letaklah dalam custom album. Orang (tetamu) datang beraya, tunjuk muka kita.

Kesimpulannya, disarankan agar tidak dilakukan perbuatan menggantung gambar makhluk hidup di dinding rumah, sekalipun separuh badannya dihilangkan, kerana keluar daripada khilaf.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Video : KMNBox
Oleh : Viral Malaysia Ku

Related articles