Hidup Ini Bukan Satu Perlumbaan, Cara Pilot Ini Raih Perhatian, Tak Kisah Guna Kereta Kecil Ke Tempat Kerja

Sedar atau tidak sedar generasi muda pada hari ini tidak sama dengan generasi muda terdahulu. Generasi muda sekarang lebih suka menghabiskan duit gaji bulanan pada hal-hal atau perkara-perkara yang bukan kepada keperluan malah lebih kepada kemahuan. Mereka kurang bijak dalam mengurus kewangan.

Apabila berbicara soal kewangan, tentu ada antara kita mempunyai cara yang tersendiri. Malah ada yang mempunyai perancangan tersendiri untuk memastikan tabungan keluarga stabil.

Salah satu caranya adalah mengunakan kenderaan bersaiz kecil untuk menjimatkan kos liabiliti yang perlu ditanggung setiap bulan.

ADVERTISEMENT

Sebagaimana perkongsian bekas Kapten pesawat dan Jurulatih Kapal Terbang pesawat PDRM, Mohd Ezairol Rezan Zainol punya pendirian dalam soal perbelanjaan untuk keluargannya. Biarpun golongan T20, dia dan isteri tidak kisah menggunakan kenderaan biasa-biasa untuk bergerak ke pejabat setiap hari.

Perkongsian yang sungguh inspirasi sehingga 12k perkongsian, khususnya buat golongan anak muda. jom kita ikuti caranya

HIDUP INI BUKAN SATU PERLUMBAAN

Perodua Axia SE 1.0 (A) & (M). Model kereta tahun 2018. Inilah kereta yang Aku dan isteri gunakan setiap hari ke tempat kerja untuk mencari rezeki.

ADVERTISEMENT

Sebuah kereta kecil dan comel yang jimat minyak, kos maintenance yang rendah dan roadtax setahun cuma berharga RM22.50 sahaja.

Komitmen bulanannya alhamdulillah, tidaklah terlalu membebankan.

ADVERTISEMENT

Bergantung pada duit muka yang kita bayar sebagai pendahuluan. Komitmen bulanan Axia Aku hanya RM320 saja sebulan… Oklah kan. Takdalah struggle Aku nak bayar bulan-bulan.

Orang nak kutuk tu biasalah… Aku dah lali dengan semua tu. Lagipun, kita bukannya hidup dengan pujian dan kejian orang.

Menunjuk-nunjuk kereta kat FB dan Tik-Tok is too mainstream. Zaman sekarang, orang berjaya tak tayang kereta dah sekarang ni.

Yang menunjuk dan tayang kereta sebab kononnya dia berjaya tu kebanyakkannya “scammer” yang mencari mangsa… TAPI bukanlah semua camtu.

Kawan…
Belajarlah menyimpan. Fokus kumpulkan aset, bukan liabiliti. Sekarang adalah masa untuk kita banyakkan simpanan.

Belanja benda-benda yang penting sahaja. Yang tak penting tangguhkan dulu. Belajar berjimat to the maximum kata orang tua-tua.

NASIHAT UNTUK ORANG MUDA

  • Kereta hanyalah sebuah kenderaan untuk bergerak dari point A ke point B, tak lebih dari itu…
  • Jangan habiskan duit gaji pada kereta semata-mata untuk kepuasan diri dan impresskan orang sekeliling.
  • Memiliki kereta mewah bukan petanda hidup anda telah berjaya.
  • Jangan terikut-ikut dengan kawan. Amalkan formula setahun gaji untuk harga kereta yang sesuai dengan kita.
  • Biar kereta tak lawa, janji saving dalam ASB, Tabung Haji, Unit Trust dan simpanan emas kita berkepuk-kepuk jumlahnya.
  • Kereta itu hanyalah besi yang pasti akan buruk juga. Akhirat jua adalah tempat yang kekal selama-lamanya. Pastikan kita ada plan takaful untuk bekalan keluarga bila kita telah tiada.

Moga nukilan pagi ini memberi manfaat untuk semua..

#SelamatPagiMalaysia

Sumber/Foto : Mohd Ezairol Rezan Zainol via Mimbar Raudah

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Viral Malaysiaku

ADVERTISEMENT

Related articles