‘Hentikan’, Tular Gambar Lelaki Menangis Dijadikan ‘Sticker’ Lawak, Pendedahan Sebenar Ini Buat Ramai Tersedar

Islam sebagai panduan hidup manusia tidak pernah melarang manusia untuk berhibur dan berjenaka. Hiburan dan jenaka itu adalah fitrah tabiat manusia dan tanpanya kehidupan akan menjadi hambar, se(dih) dan kurang bermotivasi untuk hidup menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Bergurau dan bergelak ketawa dengan penuh kegembiraan adalah sesuatu yang tidak dipertikaikan dari sudut keharusannya tetapi perlulah dijaga batasannya.

Antara syarat bergurau dan membuat lawak jenaka adalah tidak menjadikan pen(dus)taan jalan untuk menjadikan orang lain ketawa.

kebelakangan ini sering kita lihat dimedia sosial seperti facebook misalnya, jika anda scroll mesti pernah terjumpa dengan potongan dialog pendek berunsur lawak seperti di bawah ini.

Tidak cukup dengan kisah ringkas, turut disertakan sekali gambar seorang lelaki tidak yang tidak dikenali identitinya menjadi ‘meme’ dan penyeri dialog tersebut.

Persoalannya, adakah kita kenal siapa sebenarnya lelaki tersebut?

Gambar : Facebook

Mungkin bagi sesetengah pengguna media sosial tidak mengalami apa apa rasa ketika ‘sebarangan’ menggunakan gambar-gambar untuk bahan jenaka mereka. Namun jangan terke(jut), identiti individu ada kisah yang merubah  hidupnya.

Pendedahan ini didedahkan sendiri oleh sahabat individu tersebut, Syed Mohd Nazli Jamalullail menerusi satu hantaran di Facebooknya pada 18 April tahun lalu sebelum kembali tular semula baru-baru ini.

Mari ikuti pendedahan ini. Semoga kita ‘terasa’ bersa(lah) jika pernah ‘men(yalah)gunakannya’.

Gambar : Facebook

Gurauan?

Ya, saya tidak menolak gurauan, bergurau lah tetapi bersederhana lah dengan gurauan kita.

Saya cuma nak nyatakan bahawa, sangat tidak sepatutnya kita mengutip gambar gambar di media sosial dan mengedit tulisan seperti gurauan diatas tanpa mengetahui gambar siapa dan kenapa dia mena(ngis) dalam keadaan sebegitu.

Gambar diatas ialah gambar kawan saya bernama Zulkifli bin Mohd Noor di Pondok Upeh, Balik Pulau, Pulang Pinang, kawan saya ini dirakam gambar nya menangis begitu sayu ketika menceritakan peristiwa (Tsu)nami pada tahun 2004, didalam tragedi itu saudara Zul kehilan(gan) 5 anak anaknya sekaligus termasuk anak tunggal lelaki dalam keluarganya semasa (Tsu)nami membadai Pantai Pasir Panjang di Balik Pulau, Pulau Pinang.

Lima anak Zulkifli yang terkor(ban) ialah Siti Nurain, 17, Mohd. Shukri, 12, Siti Nur Shuhada, 10, Siti Nur Atikah, 9 dan Siti Suraya, 5.

Anak yang terselamat ialah Siti Fairuz, 16, dan Siti Zulaikha, 1.

Gambar saudara Zul dalam keadaan yang sangat berse(dih) sayu itu tiba tiba kita gunakan untuk tujuan bergurau.

Ya, mungkin yang melakukannya tidak tahu siapa, dan kenapa saudara Zul berse(dih) sebegitu, justeru saya nasihatkan kita seeloknya tidak begitu mudah menggunakan gambar orang orang yang tidak kita kenali untuk apa tujuan sekalipun.

Terima kasih.
Syed Mohamad Nazli bin Syed Ahmad Jamalullail
18-April-2020
BBB.

Mudah-mudahan perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadis Riwayat Muslim : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk
Sumber : Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan

Related articles