Hati-Hati Selepas Makan Kurma Kerana Akan Membuatkan Seseorang Termenung Sebentar

Hati-hati Selepas Makan Kurma.

Pada biji kurma ada 3 elemen yang akan membuatkan seseorang itu termenung sebentar.

1. Yang pertama, al-Qitmir (القطمير)

 

Ia adalah selaput nipis yang membungkus biji kurma. – Rujuk gambar.

Perkataan Qitmir terdapat 1 sahaja dalam al-Quran.

یُولِجُ ٱلَّیۡلَ فِی ٱلنَّهَارِ وَیُولِجُ ٱلنَّهَارَ فِی ٱلَّیۡلِ وَسَخَّرَ ٱلشَّمۡسَ وَٱلۡقَمَرَۖ كُلࣱّ یَجۡرِی لِأَجَلࣲ مُّسَمࣰّىۚ ذَ ٰ⁠لِكُمُ ٱللَّهُ رَبُّكُمۡ لَهُ ٱلۡمُلۡكُۚ وَٱلَّذِینَ تَدۡعُونَ مِن دُونِهِۦ مَا یَمۡلِكُونَ مِن قِطۡمِیرٍ

[Surah Fâtir: 13]

Allah yang memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti), dan Dia yang memudahkan peredaran matahari dan bulan; tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu, bagiNyalah kuasa pemerintahan; sedang mereka yang kamu sembah – yang lain dari Allah – tidak mempunyai sesuatu pun walau SENIPIS SELAPUT biji kurma.

2. Elemen kedua, al-Fatil (الفتيل)

Berbentuk berupa benang nipis pada alur yang terdapat pada biji kurma.

QDisebutkan 3 kali dalam al-Quran

فَمَنۡ أُوتِیَ كِتَـٰبَهُۥ بِیَمِینِهِۦ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ یَقۡرَءُونَ كِتَـٰبَهُمۡ وَلَا یُظۡلَمُونَ فَتِیلࣰا

[Surah Al-Isrâ’: 71]

…kemudian sesiapa diberikan Kitabnya di tangan kanannya, maka mereka itu akan membacanya (dengan sukacita), dan mereka tidak dikurangkan (pahala amal-amalnya yang baik) SEDIKITpun.

Juga terdapat pada Al-Nisa’ : 49 dan 77

3. Elemen ketiga, al-Naqir (النقير)

Inilah elemen yang paling kecil dikaitkan dengan kurma iaitu titik kecil yang terletak bertentangan dengan alur benang tadi. *Sesetengah biji kurma kena belek-belek sikit.

Dinyatakan 2 kali dalam al-Quran

وَمَن يَعْمَلْ مِنَ الصَّالِحَاتِ مِن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَٰئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ وَلَا يُظْلَمُــونَ نَقِيــرًا
Ayat 124

Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, samaada lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak akan dianīaya (atau dikurangkan balasannya) SEDIKITPUN.

Jika difahami dengan kefahaman yang mudah, ketiga-tiga elemen ini nak menfokuskan maksud sedikit secara umum. Sebaliknya kriteria ‘sedikit’ yang dibawakan oleh al-Quran begitu halus penyampaiannya. Tapi terus menjurus kepada apa yang berada di depan mata kita. Supaya kita merenung lalu berfikir tanpa ragu.

Ramadhan 5.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber : Azizi Muhammad Husin

Related articles