Hanya Satu ‘Kalimah’ – Jika Diamalkan Pahalanya Seperti Sedekah 100 Ekor Kuda Perang Fisabilillah

ALHAMDULILLAH adalah ungkapan ringkas sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT terhadap nikmat dan rezeki yang dikurniakan.

Sifat syukur berada pada tahap tertinggi kerana tidak ramai yang mampu mencapai tahap syukur di atas semua anugerah diterima di dunia ini.

PAHALA SEDEKAH 100 EKOR KUDA FISABILILLAH

ADVERTISEMENT

Rugi bagi manusia yang tahu manisnya zikir, indahnya zikir, tapi tidak berzikir.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, yang bermaksud :

“Barangsiapa yang mengucapkan alhamdulillah 100 kali, sebelum terbit matahari di pagi hari, dan sebelum tenggelam matahari di petang hari, pahalanya seperti orang bersedekah 100 kuda pe(rang) fii sabilillah.”

Jika kita hitungkan kalimah “Alhamdulillah” jika dibaca 100 kali, tidak sampai 3 minit. Tapi dalam ucapan “Alhamdulillah” saja 100 kali yang kita ucapkan yang mana mengambil masa tidak melebihi 3 atau 4 minit, kita mendapatkan nilai sedekah 100 kuda fii sabilillah. Hadis shahih.

ADVERTISEMENT

Oleh kerana itu pembaca sekalian, usahakan sebelum terbit matahari, pagi hari, kira-kira setelah selesai solat Subuh dan sebelum tenggelam matahari di petang hari, kira-kira setelah solat Asar, sebelum Maghrib, ucapkan “Alhamdulillah” 100 kali setiap hari.

Sebaik-baik ucapan yang Allah suka, “Alhamdulillah.” Afdholu du’a, “Alhamdulillah.” Pembukaan Al Qur’an, “Alhamdulillah.” Bahkan “Alhamdulillah” lebih berat daripada bumi dan langit.

ADVERTISEMENT

ZIKIR DAN DOA YANG AFDAL

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ حَبِيبِ بْنِ عَرَبِيٍّ قَالَ: حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِبْرَاهِيمَ بْنِ كَثِيرٍ الأَنْصَارِيُّ قَالَ: سَمِعْتُ طَلْحَةَ بْنَ خِرَاشٍ قَالَ: سَمِعْتُ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ يَقُولُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: أَفْضَلُ الذِّكْرِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَفْضَلُ الدُّعَاءِ الحَمْدُ لِلَّهِ

Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Habib bin Arabi berkata, telah menceritakan kepada kami Musa bin Ibrahim bin Katsir al-Ansari berkata, Aku mendengar Talhah bin Hirasyh berkata: Aku mendengar Jabir bin Abdullah berkata, Aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: Zikir yang paling afdal (utama) ialah, “Tidak ada Tuhan selain Allah,” dan doa paling afdal ialah, “Segala puji bagi Allah.” (Sunan Tirmidzi No: 3383) Status: Hadis Hasan

PENGAJARAN : 

Zikrullah dan berdoa adalah suatu tuntutan dan keperluan kepada setiap Muslim

Zikir yang utama adalah kalimah  لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ

Doa yang paling afdhal adalah kalimah الحَمْدُ لِلَّهِ

Kalimah Alhamdulillah juga adalah lafaz lisan yang diucapkan sebagai pujian dan bersyukur seseorang di atas segala nikmat yang Allah Ta’ala berikan kepadanya.

HARTA YANG LEBIH BAIK DARIPADA LANGIT DAN BUMI

Kalimah Alhamdulillah lebih baik dari harta yang dimiliki oleh seseorang walaupun sepenuh langit dan bumi.

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” لَوْ أَنَّ الدُّنْيَا كُلَّهَا بِحَذَافِيرِهَا بِيَدِ رَجُلٍ مِنْ أُمَّتِي ” ثُمَّ قَالَ : ” الْحَمْدُ لِلَّهِ لَكَانَتِ الْحَمْدُ لِلَّهِ أَفْضَلَ مِنْ ذَلِكَ كُلِّهِ

Anas ra juga meriwayatkan , bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: Seandainya dunia serta semua isinya berada ditangan seseorang dari ummatku kemudian ia mengucapkan Alhamdulillah, nescaya kalimat itu (Alhamdulillah) yang diucapkan itu lebih baik dari dunia dan isinya (Dailami 3/359 No: 5083)

Marilah kita memperbanyakkan lafaz zikir dan doa yang utama ini.

Mudah-mudahan perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadis Riwayat Muslim : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk

ADVERTISEMENT

Related articles