Hanya Satu Bahan Sahaja Diperlukan, Seterika ‘Hangus Berkerak’ Jadi Bersih Seperti Baharu!

Seterika adalah satu alatan elektrik yang digunakan untuk menggosok yang wajib ada bagi yang hampir setiap rumah dalam kalangan kita. Sudah pastinya ada seterika yang telah lama digunakan mempunyai kesan kehitaman atau hangus yang sememangnya berpotensi untuk merosakkan pakaian.

Ini kerana lapisan tersebut boleh mempengaruhi kepanasan seterika. Kadang-kadang kepanasan tak sekata dan kita pun naikkan lagi suhu kepanasannya. Tiba-tiba berlubang pula pakaian!

Sebelum anda membeli seterika baru, cuba bersihkan dulu saki-baki lapisan kehitaman yang melekat padanya. Siapa sangka dengan menggunakan satu bahan ini kesan kehitaman atau hangus yang ada pada pemanas seterika itu jadi baharu seperti baru beli.

Jom ikuti caranya dibawah ini.

TIPS HILANGKAN HANGUS SETERIKA GUNA PANADOL

Caranya mudah. Hanya menggunakan panadol soluble yang digosok pada permukaan seterika, kesan hitam dan berkerak bukan sahaja hilang, tetapi kelihatan licin berkilat seperti baru dibeli!

LANGKAH-LANGKAHNYA :

1. Pastikan seterika baju dalam suhu yang panas dan panadol dibasahkan terlebih dahulu sebelum digosok pada permukaan seterika.

2. Gosok pada permukaan seterika sehingga berbuih.

3. Akhir sekali lap permukaan seterika. Tengoklah kesan hangus pada seterika dah hilang! Nampak macam baru.

*Boleh cuba tips ini untuk hilangkan hangus berkarat dekat seterika tu ya!

Sumber/Foto: Achai Wong

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles