‘Hanya 2 Rakaat’, Namum Ganjarannya Lebih Baik Daripada Dunia & Seisinya. Ruginya Jika Tidak Amal

BAYANGKAN sehelai kain yang berlubang dan lompong itu umpama lalainya umat Islam dalam mengerjakan solat wajib lima waktu sehari.

Tentu sekali ia sesuatu yang menggusarkan jika tidak dapat memenuhi tuntutan agama. Maka ketika ini, amalan menunaikan solat sunat dapat menyempurnakan ibadat kita.

Apakah maksud solat sunat?

ADVERTISEMENT

Solat sunat disebut juga solat Nawafil atau Tatawwu’ iaitu solat yang dilakukan secara sukarela untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Pada zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم, sahabat sangat cemburu melihat baginda banyak melakukan amalan sunat, maka mereka turut berlumba-lumba melakukannya.

Solat sunat mempunyai fadilat yang tersendiri namun hakikatnya disembunyikan oleh Allah سبحانه و تعالى.

Daripada segi hukum pula, mengerjakan solat sunat adalah mendapat pahala jika dikerjakan dan tidak berdo’sa jika ditinggalkan.

ADVERTISEMENT

Orang yang mengerjakannya dengan ikhlas lebih dikasihi dan diberi lebih perhatian oleh Allah سبحانه و تعالى berbanding orang yang hanya mengerjakan solat fardu semata-mata.

DIANTARA SOLAT SUNAT YANG TIDAK PERNAH DITINGGALKAN OLEH NABI صلى الله عليه وسلم

ADVERTISEMENT

Solat sunat sebelum Subuh. Tiada perbezaan antara solat sunat fajar dan solat sunat subuh melainkan pada nama sahaja. Perkataan fajar dan subuh digunakan oleh Nabi صلى الله عليه وسلم sebagaimana di dalam hadith-hadith Baginda صلى الله عليه وسلم.

Waktu bermulanya waktu fajar atau subuh adalah setelah terbitnya fajar yang benar (fajar sodiq) dan berakhir apabila terbitnya matahari.

Tambahan pula, solat sunat yang paling dituntut antara solat-solat sunat rawatib yang lain adalah dua rakaat solat sunat fajar(subuh). Ini kerana, padanya terdapat banyak kelebihan-kelebihan bagi sesiapa yang melaziminya. Hal ini berdasarkan sebuah hadith:

Daripada Aisyah رضی اللہ عنھا, bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:

لَمْ يَكُنِ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى شَيْءٍ مِنَ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مِنْهُ تَعَاهُدًا عَلَى رَكْعَتَيِ الفَجْرِ

Maksudnya: “Tidak pernah dilihat Nabi صلى الله عليه وسلم begitu mengambil berat berkaitan solat-solat sunat sebagaimana Baginda صلى الله عليه وسلم mengambil berat tentang dua rakaat fajar”. [Riwayat al-Bukhari (1116)]

Daripada Aisyah رضی اللہ عنھا, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا

Maksudnya: “Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya”. [Riwayat Muslim (725)]

Imam al-Nawawi berkata yang dimaksudkan dengan “وَمَا فِيهَا” adalah kesenangan dunia. Selain itu juga, antara surah atau ayat yang disunatkan untuk kita membaca ketika solat sunat al-Fajar adalah surah al-Kafirun pada rakaat pertama dan al-Ikhlas pada rakaat kedua. Di dalam riwayat yang lain pula, disunatkan kita membaca ayat “قُولُوا آمَنَّا بِاللَّـهِ وَمَا أُنزِلَ إِلَيْنَا” [al-Baqarah:136] pada rakaat pertama dan pada rakaat kedua “قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَاءٍ” [ali-Imran:64]. Ini merupakan dalil bagi mazhab kami (al-Syafie) dan juga mazhab jumhur bahawa digalakkan membaca surah pada kedua rakaat selepas daripada surah al-Fatihah. Digalakkan juga untuk menjadikan dua surah atau ayat ini (sebagai bacaan selepas daripada al-Fatihah) kerana ia adalah sunnah. Adapun Imam Malik dan juga ashabnya mengatakan tidak dibaca di dalam solat sunat al-Fajar melainkan al-Fatihah sahaja. Begitu juga sebahagian salaf mengatakan tidak dibacakan sesuatu sebagaimana yang telah lalu. Akan tetapi keduanya adalah khilaf (percang-gahan) bagi sunnah sahih yang tidak mempunyai ten-tangan padanya. [Lihat: al-Minhaj, 6/6]

Penutup

Kesimpulannya, solat sunat fajar atau subuh mempunyai banyak kelebihan serta amat rugi bagi sesiapa yang tidak berusaha untuk mengamalkannya. Untuk itu, kita sebagai umat Baginda صلى الله عليه وسلم seharusnya mencontohi setiap yang dilakukan oleh Baginda صلى الله عليه وسلم. Akhirnya, semoga Allah سبحانه و تعالى menggolongkan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang mencintai dan mengikuti Nabi صلى الله عليه وسلم. Amin.

والله أعلمُ

Mudah-mudahan perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadis Riwayat Muslim : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk

ADVERTISEMENT

Related articles