Hanya 2 Bahan Dapur, Petua Elak Kucing Berak & Kencing Merata, Mudah & Berkesan

Ramai dalam kalangan kita yang mengalami masalah bau najis kucing terutama mereka yang tinggal dalam kejiranan jian-jiran yang membela kucing. Menjadi masalah lagi apabila kucing-kucing yang dibiarkan bebas membuang najīs merata-rata dalam kawasan rumah kita.

Memang stress jika setiap kali buka tingkap atau pintu kita terhidu bau najis dan air kencīng kucing memang tidak menyenangkan ini.. Boleh hilang mood dibuatnya, kena basuh lagi kencīng dan tahi kucing bersepah-sepah dekat halaman rumah.

Jika adana mengalami masalah ini, anda boleh cuba petua yang dikongsikan oleh Puan Zuriaty Musa ini. InsyaAllah masalah pencemaran bau di kawasan rumah anda dapat diselesaikan.

PETUA ELAK KUCING BERāK & KENCīNG MERATA DIKAWASAN RUMAH

Siapa tak marahkan kalau bangun je pagi tercium aroma bau tahi kucing. Tahi kucing tu pulak bukan tahi kucing kita, tahi kucing jiran kita. Siapa tak marah kan?

Tapi nak buat macam mana, kucing kan.

Nak marah pun tak boleh.

Nak bergaduh dengan jiran pun lagi lah tak boleh kan.

Tapi ini ada petua yang kak ty dah guna lama dah untuk masalah ini.

BAHAN-BAHAN

  • 2 labu Bawanh Putih
  • 3 atau 4 batang Serai
  • 1 Cawan Air

CARA PENYEDIAAN

Caranya mudah sahaja.

LANGKAH PERTAMA
Kupas, hiris dan kisar semua bahan di atas

LANGKAH KEDUA
Tapis, ambil airnya dan masukkan ke dalam botol spray

CARA PENGGUNAAN

Mudah sahaja, cuma sembur sahaja dimana-mana tempat yang selalu kucing berak/kencing atau mana-mana tempat yang selalu kucing bermain.

KADAR SEMBURAN

  • Musim Hujan – Sembur 2 minggu sekali
  • Musim Kemarau – Sembur sebulan sekali pun ok

Itu sahaja, mudah kan? Selamat Mencuba!

VIDEO

Boleh tonton disini : PETUA UNTUK KUCING BERAK MERATA

Baca Juga : Ramuan Berkesan Elak Ulār Dan Tīkus Masuk Rumah, Gaulkan Garam Kasar Dengan 3 Bahan Ini

Semoga bermanfaat.

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Di oleh oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber :  zuriaty_musa

Related articles