Guna Air Fryer Je, Jom Buat Roti Bakar Telur Goyang Cheese. Idea Breakfast Super Lazat

Jika anda takda idea nak breakfast apa pada waktu pagi, apa kata anda cuba buat roti bakar telur goyang cheese bakar guna air fryer ni. Salah satu idea breakfast super lazat yang boleh anda cuba. Bahan-bahan basic pun ada kat dapur tu.

Selain lazat dan sedap, cara membuatnya pun senang. Just set masa dan tunggu bunyi tingg sahaja.

Jika anda nak cuba, boleh ikuti resepi perkongsian Qaisara Qistina ini. Jom ikuti perkongisan di bawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Tak Payah Beli Lagi, Ini Resepi Ayam Gunting Ala Uncle Bob Yang Sedap & Senang Sangat

RESEPI ROTI BAKAT TELUR GOYANG CHEESE

Assalamualaikum sahabat semua, Idea untuk breakfast ringkas Roti Bakar Telur Goyang Bercheese .Mudah sangat-sangat resepi ni tau.. Just set masa dan tunggu bunyi tingg

Sangat recommended sebab sedap, mudah dan simple. Sedap tau, lazat yumyum makan sampai licin

Roti Bakar Telur Goyang Cheese

BAHAN-BAHAN :

  • Roti potong
  • Telur
  • Slice cheese
  • Parsley
  • Chili flakes
  • Garlic powder
  • Lada putih

*perasa boleh ikut kreativiti masing-masing. Apa yang ada dekat dapur.

CARA-CARANYA :

1. Panaskan air fryer terlebih dahulu selama 3 minit dengan suhu 180°C.

2. Ambil roti. Tekan roti di bahagian tengah menggunakan sudu sehingga berlekuk.

3. Keluarkan bakul air fryer, letakkan roti ke dalamnya.

4. Letakkan sekeping slice cheese di atas roti.

5. Kemudian pecahkan telur ke dalam mangkuk terlebih dahulu dan tuangkan ke atas roti tadi.

Roti Bakar Telur Goyang Cheese

6. Taburkan parsley, garlic powder, chili flakes dan lada putih.

7. Roti sedia untuk dibakar dengan suhu 180°C selama 10 minit. Siap! Selamat mencuba.

Roti Bakar Telur Goyang Cheese

Sumber/Foto : Qaisara Qistina via MyResipi

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles