Garlic Bread Ketagih Memang Sedap, 1 bungkus Roti Gardenia Panjang Habis Sekelip Mata Je!

Jika ada roti sandwich di dapur tu boleh cuba buat Garlic bread ketagih ni.

Sebab ape ketagih?

Sebab bila makan tak boleh nak stop. 1 bungkus roti Gardenia yang panjang tu boleh habis sekelip mata je.

Anak-anak yang kurang makan roti pun pun berulang kali makan. Memang licin dibuatnya.

Anda nak cuba? Jom ikuti perkongisan resepi oleh Siti Norizan di bawah ini.

BACA JUGA : Cara Buat Bingka Roti Pandan Bakar Yang Sedap, Mudah & Ringkas. Sekejap Je Licin!

RESEPI GRALIC BREAD KETAGIH

Makan panas-panas, memang tak sedar dah makan berapa keping tau.. Makan macamtu pon dah sedap, apatah lagi Kalau makan dengan mushrooms soup

Garlic bread ketagih

BAHAN-BAHAN :

  • Roti
  • Marjerin/butter/planta
  • Bawang putih ditumbuk halus atau cincang halus – saya guna 3 ulas untuk 6 keping roti
  • Parsley flakes/mix herb/daun bawang atau daun sup cincang halus

CARA-CARA :

1. Tumbuk bawang putih. Gaul dengan majerin/butter. Masukkan daun parsley flakes/mix herb/daun bawang tadi. Kacau rata.

2. Sapu rata atas roti. Potong 2 atau 3.

Garlic Bread Ketagih

3. Susun dalam tray.

4. Panaskan oven api atas bawah 170°c.

5. Spray atau renjis roti dengan air. Untuk melembabkan roti (bila makan tak la rasa kering/atau tercekik)

6. Masukkan tray dalam oven. Kalau takde oven biasa tu guna oven toaster pon boleh.
Ikut resepi asal bakar dalam masa 17 minit.

3 minit terakhir bakar guna api atas jer utk garingkan bahagian atas.

Garlic Bread Ketagih

Siap.

3 minit terakhir bakar guna api atas jer utk garingkan bahagian atas.

Boleh dimakan macam tu jer pon dah sedap atau cicah dengan mushroom sup/sup ayam atau sup apa-apa pon boleh.

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Siti Norizan

Related articles