Fenomena Gerhana Bulan Penuh. Apa Yang Perlu Kita Tahu & Kita Lakukan

Fenomena gerhana bulan pula telah didefinisikan kejadiannya ketika bumi berada di tengah-tengah di antara matahari dan bulan. Fenomena ini akan berlaku ketika bulan purnama. Ketika gerhana bulan berlaku, cahaya bulan akan berubah menjadi kemerahan secara perlahan sehingga bulan telah melepasi bumi. Dan peredaran ini hanya berlaku pada sesuatu masa yang tertentu. Allah سبحانه و تعالى berfirman di dalam Al-Quran:

وَالْقَمَرَ قَدَّرْنَاهُ مَنَازِلَ حَتَّىٰ عَادَ كَالْعُرْجُونِ الْقَدِيمِ

Maksudnya : “Dan Bulan pula kami takdirkan Dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga diakhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.” (Surah Yasin : ayat 39)

FENOMENA GERHANA BULAN PENUH

Hari ini 26 Mei 2021 bersamaan 14 Syawal 1442H ini akan berlakunya fenomena Gerhana Bulan Penuh di seluruh Malaysia.

Gerhana akan mula kelihatan di ufuk timur, selepas terbenamnya Matahari atau selepas Maghrib dan berakhir pada jam 8:52 malam ini.

APA DISEBALIK PERISTIWA GERHANA

Dalam kitab النفحات المكية في الفوائد الفقهية menyebutkan bahawa alam yg wujudnya matahari bulan ini adalah satu nikmat dari Allah.

1-Apabila berlakunya gerhana, ia sebagai satu surat dari Allah سبحانه و تعالى bahawa nikmat tersebut akan berakhir jika tidak disertai dengan syukur.

2-Gerhana matahari berlaku 2 kali pada zaman baginda Nabi صلى الله عليه وسلم. Salah satunya bertepatan dengan hari kema-tian anak baginda Saidina Ibrahim. Apa saranan Nabi صلى الله عليه وسلم :

فافزعوا إلى الصلاة
((Bersegeralah untuk solat))

*** Bersegeralah bina hubungan dengan Allah semula.. bertaubatlah.. itulah makna tersiratnya

APAKAH HIKMAH BERLAKUNYA GERHANA MATAHARI

  • Peristiwa gerhana berlaku kerana tajalli (menampakkan keagungan) Allah سبحانه و تعالى ke atas sesuatu . Apabila tajalli itu berlaku, makhluk akan tunduk seperti bukit yang tunduk (dalam kisah Nabi Musa minta untuk melihat Allah سبحانه و تعالى)
  •  Dalam kitab حكمة التشريع والفلسفة oleh Syeikh Ali Ahmad Al-Jurjawi رحمه الله menyebutkan :

” Apabila pergerakan bulan matahari ini terse-kat, maka akan berlakulah mudarat atau akan hancurlah manusia atau akan ca-catlah sistem kehidupan manusia.”

APA YANG PERLU KITA BUAT

1-Perbanyakkan doa dan merintih kepada Allah سبحانه و تعالى terhadap ujian yang menimpa khususnya keatas kaum muslimin

2-Tunduk, ta-kutlah dan bertaubatlah kepada Allah سبحانه و تعالى atas segala do-sa yang kita lakukan

3-Usahakan untuk panjangkan solat sehingga hilang peristiwa gerhana

KENAPA PERLU MERINTIH DAN SOLAT

Ia sebagai salah satu langkah bermunajat kepada Allah سبحانه و تعالى agar memelihara kita dari terkena sesuatu yang tidak disukai dan menolak segala kemu-daratan.

Kita menzahirkan segala kehina-an dan tunduk diri kepada Allah dan menambahkan keyakinan bahawa Allah سبحانه و تعالى jualah yang berkehendak apa yang DIA mahu.

NOTA SOLAT SUNAT GERHANA BULAN
Faedah daripada kitab al-Taqrirat al-Sadidah fi Masail al-Mufidah, Habib Hasan al-Kaff.

  1. Hukumnya sunat muakkad sekalipun bersendirian, makruh ditinggalkan dan sunat berjemaah.
  2. Hikmahnya adalah untuk menyedarkan bahawa Bulan adalah makhluk dan ia patuh dibawah kekuasaan Allah.
  3. Bermula waktunya selepas masuk waktu berlaku gerhana.
  4. Berakhir dengan terbitnya matahari.

CARA PELAKSANAAN SOLAT SUNAT GERHANA.

Cara Pertama: Dilakukan sebagaimana solat sunat 2 rakaat subuh, tanpa memanjangkannya.

Cara Kedua: Dilakukan dua rakaat tanpa memanjangkan solat dengan menambah rukuk dan qiyam pada setiap rakaat (sebagaimana dalam poster-poster yang banyak tersebar), pada setiap rakaat 2 kali berdiri dan 2 kali rukuk. Wajib membaca al-Fatihah pada setiap kali berdiri (Dengan makna lain; 4 kali al-Fatihah dalam 2 rakaat solat).

Cara ketiga: Sama seperti cara kedua. Tetapi dipanjangkan solat dengan memanjangkan bacaan (Al-Fatihah dan surah panjang), memanjangkan rukuk serta sujud dengan bertasbih.

  • Disunatkan mandi, tapi tidak disunatkan berhias.
  • Sunat menguatkan bacaan bagi solat sunat gerhana bulan.
  • Disunatkan Imam untuk berkhutbah dengan dua khutbah seperti khutbah jumaat pada rukun, tidak pada syarat.
    Sunat mengingatkan perkara-perkara kebaikan seperti; Bertaubat, beristighfar, bersedekah dll ketika berkhutbah.
  • Disunatkan solat gerhana ditunaikan bersendirian ketika berlaku gem’pa, tanah run’tuh, angin ri’but. (Dan mungkin juga sesuai pada musim sekarang; Wallahu’alam)

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

 

Related articles