Fakta Sebenar Bila Simbol ‘E’ Yang Perlu Wanita Tahu, Jadi Tak Perlulah Panik & Mengelabah

Eh, minyak dah E.. aduh macam mana ni..

Hah, mesti anda pernah mengalami sitausi seperti ini. Tambahan jika anda merupakan pemandu wanita mesti akan auto panik dan mengelabah kan. Yelah, siapa je yang tak risau kalau minyak kereta habis kan? Sebab itulah, penting untuk kita sebagai seorang pemandu untuk tahu makna sebenar simbol-simbol pada dashboard kereta kita tu.

Jadi, hari ini kami nak kongsikan kepada anda fakta sebenar mengenai simbol minyak dan ‘E’ yang anda lihat hari-hari di dalam kereta anda tu.

ADVERTISEMENT

1. RIZAB MINYAK SEBANYAK 4.5 LITER

Tangki kenderaan mempunyai rizab minyak sebanyak 4.5 liter selepas penunjuk aras minyak melepasi simbol ‘E’

Rizab ini tidak mengira apa jenis kuasa kuda (cc) atau jenis enjin sesebuah kenderaan itu. Dengan kadar simpanan sekitar 4.5 liter ini, kenderaan anda masih mampu berjalan sekurang-kurangnya sejauh 60 km.  Jadi jangan panik.

2. ‘E’ BUKAN BERMAKSUD EMPTY

Mungkin masih ramai dalam kalangan kita yang menganggap ia bermaksud Empty tetapi sebenarnya simbol ini bermaksud Enough. Seperti yang dinyatakan di atas tadi, kenderaan anda masih cukup minyak petrol untuk bergerak sekurang-kurangnya 60 km lagi. Jadi jangan panik.

ADVERTISEMENT

3. TAMBAHAN LAGI 10 KM

Anda boleh menambah 10 km lagi sekiranya anda mematikan pendingin hawa (aircond). Anda boleh buka tingkap sementara nak sampai ke stesen minyak ya. Jadi jangan panik.

4. PANDU SEKITAR KELAJUAN 50KM/JAM

Selain itu, anda juga boleh menambah lebih 10 km lagi sekiranya anda memandu dengan kelajuan 50 km/jam secara konsisten. Bayangkan jika anda matikan pendingin hawa dan pandu pada kelajuan ini, mungkin kereta anda boleh pergi lebih jauh lagi. Jadi jangan panik.

ADVERTISEMENT

Kesimpulannya bila meter minyak sudah menunjukkan paras E, cik kak semua hanya perlu memnadu ke stesen minyak berdekatan. Sebab secara asanya cik kak masih boleh memandu sekurang-kurangnya 60km lagi. Jadi jangan panik.

Jadi, lepas ni kalau simbol ‘E dan tangki minyak menyala, kita tidak perlulah risau lagi kan?

Sumber : Dato’ Ir Hj Mohammad b. Dalib (Pengarah kejuruteraan Automotif JPJ)

Kredit : SAYS, Ilham Media | Facebook

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Viral Malaysiaku

ADVERTISEMENT

Related articles