Faedah Berselawat Kepada Baginda Rasulullah ﷺ

Faedah berselawat kepada baginda Rasulullah ﷺ (Siri 1)

Berkata Sayyidi Al-`Arif Billah As-Syeikh Abdul Wahab As-Sya`rani di dalam kitabnya لوقح الأنوار القدسية:

“Adalah sangat suka bagiku untuk menyebutkan kepada engkau beberapa jumlah faedah selawat dan salam kepada baginda Rasulullah ﷺ sebagai pengubat rin-dumu, semoga Allah mengurniakanmu cinta yang sejati, dan menjadikan kesibukan waktunya dengan banyak berselawat dan salam kepada baginda, serta menjadi suatu hadiah bagi setiap amalan yang engkau kerjakan di dalam lembaran baginda Rasulullah ﷺ seperti yang telah dijelaskan di dalam khabar berkaitan Sayyiduna b Ka`ab:

“Sesungguhnya aku menjadikan keseluruhan selawatku kepadamu” -iaitu aku menghadiahkan pahala keseluruhan amalanku”. Jawab baginda Rasulullah ﷺ : { Jika begitu, nescaya Allah akan mencukupkan (membebaskan engkau dari) segala kegeli-sahan dunia dan akhi-ratmu }

Di antaranya yang terpenting ialah:

1) Mengha-puskan kesala-han, membersihkan amalan dan mengangkat darjat.

2) Diampunkan do-sa dan baginda memohon keampunan kepada pembacanya.

3) Memperolehi gudang pahala seumpama bukit Uhud dan ditimbang pahala itu dengan timbangan yang luas.

4) Dicukupkan urusan dunia dan akhi-rat bagi mereka yang menjadikan selawat keseluruhan waktunya (seperti hadis di atas).

5) Dipadamkan do-sa dan kelebihannya mengatasi dari membebaskan hamba.

6) Selamat dari segala keadaan dan baginda Rasulullah ﷺ menjadi saksi kepadanya pada hari kiamat dan layak mendapat syafaat baginda.

7) Memperolehi keredhaan Allah dan rahmatNya, aman dari kemur-kaanNya, dan berada di bawah naunganNya.

8) Diberatkan timbangan di akhi-rat, berada di kolam Al-Haud baginda dan selamat dari dahaga .

9) Pembebasan dari api nera-ka, melalui titian sirath seumpama kilat yang menyambar dan dapat melihat tempatnya yang didekatkan kepadanya sebelum ma-ti.

10) Memperolehi banyak bidadari di dalam syurga dan mendapat kedudukan yang terpuji.

11) Selawat itu sebagai penyuci diri dan harta bertambah dengan berkat selawat tersebut.

12) Ditunaikan baginya 100 hajat bahkan lebih lagi.

13) Selawat merupakan ibadah dan diantara amalan yang disukai Allahu Taala.

14) Itu merupakan petanda pembacanya merupakan Ahlu Sunnah.

15) Para malaikat sentiasa berselawat kepada orang yang berselawat selagi mana ia berselawat kepada baginda Rasulullah ﷺ.

16) Selawat itu penghias suatu majlis dan menolak kefa-kiran serta kesempitan hidup.

17) Memperolehi sangkaan-sangkaan yang baik dari manusia.

18) Orang yang berselawat menjadi orang yang utama disisi baginda Rasulullah ﷺ di hari akhi-rat.

19) Memberi manfaat kepadanya dan juga anak-anaknya melalui selawat dan pahala selawat itu, begitu juga termasuk ia termasuk hadiah di dalam lembaran amalannya.

20) Selawat itu mendekatkan diri kepada Allah Azza Wajalla dan juga kepada baginda Rasulullah ﷺ.

21) Selawat itu sebagai cahaya yang menerangi pembacanya di dalam ku-bur, cahaya pada hari kebangkitan dan cahaya ketika di atas titian sirath.

22) Selawat itu memenangkan musuh serta menyucikan hati dari sifat muna-fik dan hati yang berkarat.

23) Dikasihi oleh orang mukminin dan tidak ada yang membencinya melainkan munafik yang jelas muna-fiknya.

24) Dapat melihat wajah baginda Rasulullah ﷺ di dalam mimpi, dan kebanyakkan darinya ketika dalam keadaan sedar.

25) Selawat itu mengurangkan pembacanya dari dium-pat dan ia merupakan amalan yang paling afdol dan berkat serta paling banyak manfaat di dunia dan akhi-rat

Serta lain-lain daripada pahala/kelebihan yang tidak terkira.

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Sumber : Ke’kasih Allah

 

 

 

Related articles