Empat Fitnah dan Empat Jalan Keselamatan Di Dalam Surah al-Kahfi

Surah al-Kahfi mengandungi EMPAT kisah utama:

  1. Kidah Pemuda Gua (al-kahf)
  2. Kisah Pemilik Kebun Dan Rakannya
  3. Kisah Nabi Musa عليه السلام & Nabi Khidir عليه السلام
  4. Kisah Zulqarnain

Setiap satu kisah ini mewakili satu fit-nah (ujian) yang dahsyat:

  1. Kisah Pemuda Ashab al-Kahfi – Fit’nah Aqidah/Agama
  2. Kisah Pemilik Kebun – Fit’nah Harta
  3. Kisah Nabi Musa عليه السلام & Nabi Khidir عليه السلام – Fit’nah ilmu
  4. Kisah Zulqarnain – Fit’nah Kekuasaan
Foto : Penuntut Ilmu

Cuba Teka? 4 fit-nah ini juga lah  yang Daj-jal akan bawa di akhir zaman nanti!

Sekarang kita dah mula nampak perkaitan surah al kahfi dengan fit-nah Daj-jal?

Di sinilah relevannya membaca surah al-Kahfi boleh menghindarkan diri dari fit-nah Daj-jal. Sebab surah ni bukan hanya bercerita, tapi bagi solusinya juga!

Bagaimana?

Fit’nah Aqidahbersahabat dengan orang soleh. Para pemuda al-Kahfi saling membimbing satu sama lain. Mereka juga banyak mengingat akhirat

Fit’nah Hartamengingatkan diri bahawa dunia tak kekal dan banyak mengingati ma-ti/akhi’rat

Fit’nah Ilmukena tawadhu’/rendah diri. Walaupun Nabi Musa عليه السلام seorang rasul yang mulia, baginda tidak som-bong untuk menuntut ilmu dari Khidir عليه السلام

Fit’nah Kekuasaan – Kena tawadhu’ dan ikhlaskan diri, sebagaimana Zulqarnain seringkali mengingatkan dirinya bahawa kekuasaannya ialah dari Allah سبحانه و تعالى

Tapi ada yang lagi mind blowing

Di sebalik 4 kisah dan pengajaran ini, surah al-Kahfi mengandungi tema utama yang lebih dahsyat lagi.

Tema utama surah ini ialah DAKWAH!

Bukankah para pemuda al-Kahfi berdakwah kepada sang penguasa yang za-lim?

Bukankah si sahabat pemilik kebun menasihatinya agar bersyukur dan kembali kepada Allah سبحانه و تعالى ? Bukankah itu dakwah?

Bukankah Nabi Khidir عليه السلام membimbing Nabi Musa عليه السلام, seorang murabbi mengajar anak muridnya selayaknya? Bukankah itu juga dakwah?

Dan bukankah Zulqarnain berdakwah kepada rakyat jelatanya, sepanjang pengembaraannya?

Rupa-rupanya untuk selamat dari fit-nah Daj-jal, kita perlu berdakwah. And it makes complete sense!

Dengan berdakwahlah, kita dapat menjaga diri kita dan orang ramai dari fit”nah-fit’nah ini.

Aslih nafsak, wad’u ghairak!

Orait kita beralih ke fit-nah daj-jal. Ada 4.

Fit-nah iman, harta, ilmu dan kuasa.

Bagaimana?

Fit-nah Iman :
Nanti Daj-jal keluar, dia akan mengaku dia Tuhan. Dia tunjuk syurga neraka, hidupkan orang mati apa semua.

Fit-nah Harta :
Dia akan keluarkan semua khazanah muka bumi, untuk tarik manusia jadi pengikut dia.

Fit-nah Ilmu :
Dia akan tunjuk benda-benda yang manusia tak pernah tahu. Dia akan buat benda yang selama ni manusia ingat mustahil.

Fit-nah Kuasa :
Dan dia akan jadi makhluk yang paling berkuasa dan bermaharajalela di muka bumi (sebelum Nabi Isa عليه السلام turun membunuhnya).

Jadi dah nampak tak macam mana surah al-Kahfi boleh jaga dan lindungi kita dari fit-nah Daj-jal? It makes sense right?

Jadi lepas ni, bila baca al-Kahfi, janganlah baca macam tu je. Baca, cuba faham maksud dan paling penting, cuba untuk amalkan!

Sebab semua fit-nah Daj-jal tu in a way dah ada pon zaman sekarang ni. Cuma taklah dalam skala dah-syat macam fit-nah Daj-jal.

Kalaulah baca dan amalkan al-Kahfi boleh lindungi kita dari bapa segala fit-nah (Daj-jal), dah tentu ia boleh lindungi kita dari fit-nah fit-nah lain!

Maka marilah kita istiqamah dan beriltizam membaca surah al-Kahfi setiap hari Jumaat, dan membaca al-Quran setiap hari. Moga ada barakahnya!

Hanya Allah سبحانه و تعالى maha mengetahui setiap sesuatu kejadian

Dari Abu Sa’id al-Khudri رضي الله عنه bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:

مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ

Maksudnya: Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq. (Sunan Ad-Darimi: 3273)

Di dalam sebuah hadith yang lain diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Abu Darda’ رضي الله عنه , bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:

مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْف عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ

Maksudnya: Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi akan terselamat daripada fit-nah Daj-jal. (Hadith riwayat Muslim: 1342)

والله أعلمُ

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk
Sumber : Nukilan Ustaz Zulkifli Ahmad

Related articles