Empat Amalan Zikir Memudahkan & Murahkan Rezeki

Empat amalan zikir memudahkan rezeki dan cepat kaya. Amalan yang dilakukan oleh para auliya dan golongan solihin.

Zikir Pertama

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ibnu Umar رضي الله عنه‎ , beliau berkata pernah seorang lelaki datang kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم,

Dia berkata : “Ya Rasulullah dunia telah membelakangiku dan kabur daripada ku”

Maka Rasulullah صلى الله عليه وسلم  tanya kepada lelaki tersebut : “Sudah kah membaca selawat para malaikat dan tasbih para makhluk-makhluk Allah سبحان و تعالىٰ yang mana dengan selawat dan tasbih itu mereka diberikan rezeki oleh Allah سبحان و تعالىٰ “

Dia berkata : “Tidak ya Rasulullah, apakah tasbih itu?”

Maka Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengajarkannya zikir tersebut,

سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم .. استغفر الله العظيم

Maka Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Bacalah 100 kali sebelum terbit Fajar. Maka dunia akan memohon kepada Allah agar engkau miliki (mengejarmu tanpa kau mengejarnya)”

Selang beberapa bulan kemudian, lelaki tersebut kembali lagi kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم  dan berkata: “Ya Rasulullah, dunia telah datang kepadaku  dan sekarang aku tidak tahu nak meletakkannya di mana”

Lalu Rasulullah صلى الله عليه وسلم senyum dan lelaki itu dapatkan hajatnya oleh zikir tersebut.

Caranya (mengikut turutan keutamaan) :

  1. Dibaca 100 kali selepas solat sunat Subuh sebelum solat Subuh, atau
  2. Dibaca 100 kali sebelum solat sunat Subuh, atau
  3. Dibaca 100 kali selepas solat Subuh sebelum terbit matahari.

Zikir Kedua

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Barangsiapa yang membaca 100 kali setiap hari لَا إِلهَ إِلَّا اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِينُ maka ia aman dari kefa-kiran dan terbuka baginya pintu kekayaan serta terbuka baginya pintu syurga” (Hadis Riwayat Imam Dailami)

Caranya : Sebahagian Ulama membacanya selepas solat Zuhur sebanyak 100 kali

Zikir Ketiga

Zikir yang ketiga iaitu memperbanyakkan membaca

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : ” Barangsiapa yang lambat rezekinya, maka hendaklah dia membaca  لا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم (Hadis Riwayat At-Tabarani)

Dalam riwayat yang lain, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Barangsiapa yang membaca setiap hari 100 kali setiap hari لا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم , dia tidak akan ditimpa kefakiran selamanya.”

Zikir Keempat 

Membaca 1000 kali setiap pagi dalam keadaan suci (berwuduk)

Hadis yang diriwayat oleh Imam Tirmizi, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : ” Barangsiapa yang membaca setiap hari disebelah pagi dalam keadaan suci (berwuduk) 1000 kali لا إله إلا الله , maka Allah سبحان و تعالىٰ akan memudahkan baginya sebab-sebab rezeki.”

Mudah-mudah Allah سبحان و تعالىٰ rezekikan kita untuk beramal dan istiqamah dengan zikir diatas. Usahakan untuk kita amalakan sekurangnya salah satu daripadanya.

والله أعلمُ

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadis Riwayat Muslim : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk
Video : The Capal

Related articles