Doa Yang Sangat Mustajab Dibaca Ketika Sujud Terakhir Untuk Berjaya Dunia & Akhirat

Menurut Ibu Atha’,doa mempunyai beberapa rukun yang kuat menyebabkannya naik ke langīt untuk diterima Allah سبحانه و تعالى

Rukun yang paling utama ialah hadir hati dan memohon dengan tawaduk. Sayap-sayap doa itu ialah berdoa dengan penuh keikhlasan dari hati dan bertepatan dengan waktu. Antara waktu dimakbulkan doa oleh Allah سبحانه و تعالى ialah ketika sujud di dalam solat.

 

ADVERTISEMENT

Daripada Ibnu ‘Abbas رضي الله عنه bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم,

وَعَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا : أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ – صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – ، قَالَ :(( فَأمَّا الرُّكُوعُ فَعَظِّمُوا فِيهِ الرَّبَّ – عَزَّ وَجَلَّ – ، وَأمَّا السُّجُودُ فَاجْتَهِدُوا فِي الدُّعَاءِ ، فَقَمِنٌ أَنْ يُسْتَجَابَ لَكُمْ )

“Adapun ketika rukuk, maka agungkanlah Allah. Sedangkan ketika sujud, maka bersungguh-sungguhlah dalam berdoa, maka doa tersebut pasti dikabulkan untuk kalian.” (HR. Muslim, no. 479)

Daripada Abu Hurairah رضي الله عنهما, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda,

ADVERTISEMENT

وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ – رَضِيَ اللهُ عَنْهُ – : أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ – صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – ، قَالَ : (( أَقْرَبُ مَا يَكُونُ العَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ ، فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ )

“Keadaan seorang hamba paling dekat dengan Rabbnya adalah ketika ia sedang bersujud, maka perbanyaklah berdoa saat itu.” (HR. Muslim no. 482)

ADVERTISEMENT

Sujud adalah keadaan seorang hamba paling dekat dengan Tuhannya dan ketika sujud juga merupakan diantara waktu mustajab doa.

Doa Yang Sangat Mustajab Dibaca Ketika Sujud Terakhir Untuk Berjaya Dunia & Akhi’rat

Doa mustajab di dalam sujud terakhir solat yang diijazahkan oleh Tuan Guru Sheikh Muhd Zainul Asri.

Amalan ini amalan yang Tuan Guru amalkan dan sangat mustajab jika kita berdoa dengannya (doa tersebut)

Dibaca dan diamalkan dalam sujud terakhir pada setiap kali solat fardhu dan solat sunat.

Doanya berbunyi :

يَا مُسَبِّبَ الأَسْبَابْ
Ya Musabbibal Asbab


يَا فَاتِحَ الأَبْوَابْ
Ya Fatihal Abwab


يَا سَامِعَ الأَصْوَاتْ
Ya Sami’al Aswat


يَا قَاضِيَ الْحَاجَاتْ
Ya Qodhiyal Hajat


يَا مُجِيبَ الدَّعْوَاتْ
Ya Mujibad da’wat


اِجْعَلْنَا مِنَ النَّاجِحِينْ
Ij’alna minan najihin

Maksudnya :

Wahai Tuhan yang menjadi penyebab kepada segala sebab,
Wahai Tuhan yang membuka segala pintu-pintu,
Wahai Tuhan yang mendengar segala suara,
Wahai Tuhan yang menunaikan segala hajat,
Wahai Tuhan yang memperkenankan segala doa,
Jadikan kami dari kalangan orang-orang yang berjaya di dunia dan di akhīrat.

 

والله أعلم بالصواب

 

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku

Video : Irniwati Zakaria

ADVERTISEMENT

Related articles