Allah سبحانه و تعالى berfirman dalam Surah Al-Mu’min ayat 60 :
وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدْعُونِىٓ أَسْتَجِبْ لَكُمْ
“Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohanan kamu.”
Doa itu ialah ibadat dan doa itu juga adalah senjāta orang mukmin. Allah سبحانه و تعالى memerintahkan hambā-hambā-Nya supaya berdoa dan memohon kepada-Nya. Di samping itu pula, Rasulullah صلى الله عليه وسلم sendiri berpesan supaya kita berdoa bersungguh-sungguh.
Berdoa itu adalah merupakan pengakuan seseorang hambā terhadap kekuasaan Allah سبحانه و تعالى dan suatu tanda keyakinan bahawa tiada tempat meminta tolong melainkan kepada Allah سبحانه و تعالى.
“Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه katanya: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
مَنْ لَمْ يَسْأَلْ الله غَضَبَ اللهُ عَلَيْهِ
Orang yang tidak meminta (berdoa) kepada Allah, Allah murkā kepadanya.”(Riwayat Al-Imam At-Tirmizi).
Dan Nabi صلى الله عليه وسلم juga ada mengajarkan kita doa-doa yang boleh kita amalkan dalam sehari-harian kita antaranya doa ini.
DOA YANG JIKA ENGKAU UCAPKAN, NESCAYA ALLAH AKAN MENGAMPUNIMU
Rasululullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
“Mahukah engkau aku ajarkan kalimat, yang jika engkau ucapkan, Allah سبحانه و تعالى mengampunimu, walaupun engkau telah diampuni. Ucapkanlah:
لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ الْعَلِيُّ الْعَظِيْمُ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْحَكِيْمُ الْكَرِيْمُ،
لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ اللهِ رَبِّ السَّمَاوَاتِ السَّبْع،ِ
وَرَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ، الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
LAA ILAAHA ILLALLAAH, AL-‘ALIYYUL ‘ADHIIM.
LAA ILAAHA ILLALLAAH, AL-HAKIIMUL KARIIM.
LAA ILAAHA ILLALLAAH, SUBHANALLAH, ROBBIS SAMAAWAATIS SAB’I,
WA ROBBIL ‘ARSYIL ‘ADHIIM.
ALHAMDULILLAAHI ROBBIL AALAMIIN.
Artinya:
“Tiada Tuhan yang berhak disēmbah kecuali Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung, tiada Tuhan yang berhak disēmbah kecuali Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Mulia, tiada Tuhan yang berhak disēmbah kecuali Allah, Maha Suci Allah Tuhan langit yang tujuh, dan Tuhan Arsy yang agung; segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.” [Shahih Al-Jami’: 2621]
Mari kita hafalkan, kita biasakan membacanya, dan kita sebarkan ke semua orang.
Mudah-mudahan bermanfaat, dan menjadi amal saleh bagi kita semua.
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku
Oleh : Viral Malaysia Ku