Doa Untuk Anak-Anak Yang Ibu Bapa Sering Lupa

Anak sering disebut didalam Al-Quran sebagai nikmat, anugerah Allah سبحانه و تعالى‎ , penyejuk mata (qurrat al-‘ain) buat sang ibu dan ayah, anak  juga merupakan penyambung ketūrūnan, dan anak juga adalah orang yang akan mendoakan is ibu ayah setelah ketiādaan mereka nanti dan dalam masa yang sama anak merupakan amanah besar yang mesti dipīkul dan ditanggung dengan baik oleh mereka yang bergelar ibu bapa.

Anak, hatinya suci ibarat permata mahal yang siap sedia untuk dibentuk dan diukir. Jika ia dididik dan dibiasakan untuk melakukan kebaikkan maka ia akan mahir dalam bidang ini berbahagialah mereka didunia ini dan diākhīrat kelak.

DOA UNTUK ANAK-ANAK YANG IBU BAPA SERING LUPA

Namun ramai ibu bapa hanya mendoakan anak-anak cemerlang dalam pelajaran, pekerjaan, pangkat harta dan lain-lain yang bersifat duniawī semata-mata.

Tapi lupa Nabi صلى الله عليه وسلم menyuruh doakan 3 perkara ini untuk anak-anak.

PERTAMA – Doakan anak menjadi orang yang faham agama. Ia akan jadi anak soleh yang bahagiakan kita di dunia lagi-lagi di akhīrat.

KEDUA – Doakan anak menjadi ilmuan, berilmu (ilmu yang bermanfaat untuk diri dan masyarakat). Ilmuan yang jadi ulama dalam hal agama, kehidupan dan keperluan manusia dan alam sejagat.

KETIGA – Doakan anak akal yang cerdik dan tangkas. Agar dia boleh menjadi pemimpin diri, keluarga, masyarakat, negara dan juga di dunia. Aaminn

Jom kita betulkan doa untuk anak-anak kita. Kerana anaklah salah satu pahala yang boleh berterusan walaupun kita telah menīnggal dunia.

DOA YANG BAIK-BAIK DEKAT ANAK KITA

Ibu bapa kena doakan yang baik-baik dekat anak kita. Macam mana buaīh (nākal) anak kita pun, doa hat yang baik-baik.

InsyaAllah anak tadi akan berkat dengan doa kita.

Anak tak balik malam, keluar merepīt.. Habaq kata moga-moga nanti dia akan jadi orang yang bangun malam.. Tahajjud, berzikir, jadi ahlullah.. InsyaAllah, doa macam tu.

Ni anak tak balik malam..

Bila balik kita tanya.. “ hang ni nak jadi setān ka apa?”

Haaaa setān sungguh la lepas tu.

Alang-alang dah mak kata setān, baik jadi dua kali dia kata.. Dua kali setān

Dak (Tidak) jangan sebut macam tu.

Marah macam mana kita pun.. dialah anak kita. Kita kena sebut yang baik-baik kepada kita. InsyaAllah

Tak sebut depan dia, sebut belakang. Mārah didepan mārah, janganlah sampai kat depan pun tak mārah.

Balik malam? Haaa balik laaa

Takpa keluar laa, 

Keluar dengan siapa?

Haaa elok-elok kawan dengan dia .. kawan kawan.. kawan takda masalah.

Bukan begitu maksudnya. Mārah kena mārah cuma jangan sebut perkataan tak elok. Di belakang doa yang elok-elok.

Bangun malam mak tu, doa yang elok-elok kat anak dia. Doa yang baik-baik kepada anak-anak kita.

Moga doa tadi berkat akan jadi anak-anak kita orang-orang yang berguna dan juga akan dibanggakan oleh Nabi kita Muhammad صلى الله عليه وسلم

Sekurangnya jadi anak soleh yang selalu doa dekat mak ayah dia. Yang itu pun dah Alhamdulillah dah.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku

Related articles