Doa Terbaik Seorang Isteri Buat Suami, Rebutlah Waktu Afdal Ini Walaupun Suami Tak Nampak

Perkahwinan merupakan satu tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipi-kul oleh suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.

ISTERI MERUPAKAN TUAN ATAU PENGURUS RUMAH

Apabila seorang wanita sah bergelar isteri maka dia perlu berkor-ban dalam ruang lingkup kerumahan sehingga dialah yang mentadbir dan mengasuh serta menguruskan rumah. Isteri digelar dalam Bahasa Arab sebagai rabbatul bayt memberi maksud tuan atau pengurus rumah.

Isteri merupakan pendam-ping bagi seorang suami. Jatuh bangun suaminya tergantung kepada kuatnya seorang isteri dibela-kang suaminya.

ADVERTISEMENT

Maka, antara sumber kekua-tan bagi seorang suami adalah hantaran doa-doa daripada seorang isteri.

DOA ISTERI KEPADA SUAMI SALAH SATU DOA MUSTAJAB

Di dalam islam, doa seorang isteri kepada suami menjadi salah satu doa mustajabah (segara terkabul).

Doa seorang isteri, besar maknanya buat insan bergelar suami. Dalam islam, doa isteri kepada suami menjadi salah satu doa mustajab. Apatah lagi jika kita yang bergelar isteri ini, mendoakan kebaikan dan yang baik baik buat suami.

ADVERTISEMENT

Bahkan Rasulullah صلى الله عليه وسلم  bersabda yang bermaksud

” Sesungguhnya doa yang segera dikabulkan adalah doa seorang istri kepada suaminya yang tidak berada di tempat yang sama atau saling berjauhan.” – (Hadis Riwayat At – Tirmidzi).

ADVERTISEMENT

Isteri WAJIB doa sungguh-sungguh untuk suami agar jadi PEMIMPIN yang terbaik untuk keluarga ini.

Jika bukan isteri siapa lagi untuk doakan suami.

Bicara dan mengadulah kepada Allah سبحانه و تعالى‎  , mengadulah dengan penuh linangan air mata,dengan penuh keikhlasan. Mengadu kepada manusia adakalanya ia menyakit-kan.

Sambil masak doa untuk suami, ketika basuh baju doa untuk suami. Kalau pegang tangan suami doa untuk suami. Tatap wajah suami, bicaralah dengan le-mah lem-but.

Ingatlah wahai isteri..

Doa isteri yang paling makbul dan didengar terus oleh Tuhan, adalah bilamana dia bangun dan solat 2 rakaat, kemudian mendoakan kebaikan buat suaminya.”

“Kenapa Allah سبحانه و تعالى‎  makbulkan?”

“Kerana, waktu dia disakitkan oleh suaminya, cintanya pada Allah سبحانه و تعالى‎  dan suami kekal dan tak pernah hilang. Ia percaya pada kebaikan Allah dan suami. Itulah yang Tuhan pandang pada seorang isteri.”

Wahai yang bergelar isteri, bangunlah untuk solat 2 rakaat, berdoalah untuk suamimu saat dia sedang tidur:

“Ya Allah, ini suami saya, saya sayang dia lebih dari diri saya, banyak kebaikan dia untuk saya. Ya Allah ampunilah segala do-sa dia, jadikanlah dia suami yang baik, yang taat segala perintah-Mu. Jadikan dia suami yang soleh, bertanggungjawab, penyayang, suami yang prihatin, suami yang baik terhadap isteri dan anak-anak.”

Mintalah, mohonlah, berdoakan apa sahaja kepada Allah سبحانه و تعالى‎ buat suami tercinta kerana doa isteri kepada sangat bermakna buat si suami

Benarlah.

Seorang wanita yang hatinya hidup, adalah hati yang kekal bersama Tuhan

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel-artikel menarik

Viral Malaysiaku

ADVERTISEMENT

Related articles