‘Doa Tawassul Dengan Amal Soleh Sangat Ajaib’.. Paginya Berdoa, Petangnya Allah Kabulkan

TAWASSUL DENGAN AMAL SOLEH UNTUK CARI PARKING..

Abdullah Bukhari
17 November 2021.

Pagi ini ada appointment 3rd dōsē Comīnārty di Hospital Selayang pada jam 9 pagi. Dah niat dari semalam nak bawa motor sebab parking di Hospital Selayang memang susāh dapat. Kalau nak dapat parking kēna sampai seawal 6.30 pagi. Pagi ini hujan turun tanpa hentī dan terpāksa bawa kereta. Keluar pun dah 8.30 pagi.

Sepanjang jalan saya teruskan rutin mengulang hafazan dan berdoa dengan teknik “Tawassul dengan amal soleh” agar ada parking yang sesuai.

Bila masuk bahagian bawah parking Hospital, bagai dijangka…kereta sudah penuh dan banyak yang menunggu dalam kereta untuk mencelāh masuk jika ada pengunjung yang keluar… saya teruskan pencarian, tiba-tiba ada seorang lelaki melambaī dari tingkap keretanya menunjukkan sebuah parking kosong…Allah! Memang rezeki saya. Sebuah kereta baru sahaja keluar (seawal 8.50 pagi) dan lelaki yang melambai memang tak mahu mengisi ruang tersebut.. Alhamdulillah! Alhamdulillah!

Yakin dengan Allah.. Insya-Allah doa dimakbulkan walaupun sekadar mencari sebuah ruang parking kecil. Selesai urusan 3rd dōsē jam 10.15 pagi.. dan ketika turun ke bahagian parking kelihatan beberapa pengunjung kekālūtan sebab ada yang halāng kereta mereka tanpa menīnggālkan no handphone.

Yakin dengan doa tawassul dengan amal soleh. Ia sunnah Nabi صلى الله عليه وسلم yang patut kita amalkan. Saya pernah tulis kisah mengenainya sebelum ini

TAWASSUL ITU SUNNAH YANG AJAIB

“Menitīs air mata saya Ustaz! Tak sangka doa saya dimakbulkan Allah dengan unik. Sungguh! Ia adalah hadiah terbaik dari Allah yang saya perolehi hari itu.”

Ketika menceritakan kisahnya itu, mata Hafiz berkāca kemerāhan terharu mengenangkan betapa baiknya Allah kepada hāmba-Nya.

Kali ini saya nak berkongsi kisah keajaiban doa secara Tawassul. Tawassul adalah teknik doa menggunakan sesuatu perantarā untuk “melajukan penerimaannya di sisi Allah سبحانه و تعالى‎ “

Ia disaran Allah سبحانه و تعالى‎ dalam al-Quran:

‎يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Ertinya: Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah DAN CARILAH JALAN YANG BOLEH MENYAMPAIKAN (KAMU) KEPADA-NYA (IAITU DENGAN MEMATUHI PERINTAH-NYA DAN MENĪNGGALKAN LARÂNGAN-NYA); dan berjuānglah pada jalan Allah (untuk menegākkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan (al-Ma’idah 5:35).

Antara doa Tawassul terbaik adalah menggunakan nama Allah yang Maha Indah:

‎وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Ertinya: Dan Allah punyai nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukānlah orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-nama-Nya. Mereka akan mendapat balāsan mengenai apa yang mereka telah kerjakan (al-A’raf 7:180).

Selain Tawassul dengan nama Allah, doa Tawassul yang bagus dipraktikkan adalah Tawassul menggunakan amal soleh, seperti:

“Ya Allah! Dengan berkat amalanku ini, maka berikan kesejahteraan untuk diriku dan keluargaku.”

Kisahnya, September lepas (2018) saya dan beberapa teman lain ke Jepun untuk sebuah misi dakwah. Semasa berada di sana, kami sepakat mahu menubuhkan platform rasmi untuk mengutip dana dakwah Jepun. Setelah pulang, pada 27 Disember 2018 yang lalu kami bertemu di UTC Pudu Raya untuk pendaftaran syarikat. Proses pendaftaran pada hari itu berjalan lancar dan Hafiz secara sukarela mengambil dan menghantar saya ke UIAM. Jarak perjalanan daripada rumah, tempat kerja, UIAM dan UTC Pudu Raya agak jauh, tapi beliau suka melakukannya demi kerja dakwah yang sudah kami terokai bersama. Setelah pulang, Hafiz berdoa agar segala AMAL SOLEHNYA MENEMPŪH PERJALANAN HARI ITU UNTUK KERJA DAKWAH JEPUN MEMBERI MANAFAAT UNTUK DIRI DAN KELUARGANYA.

Petangnya, beliau menerima e-mail daripada sebuah Bank Islam yang beliau langgani. E-mail itu menyatakan “BELIAU BERJAYA MEMENANGI HADIAH UMRAH” kerana satu skīm yang beliau langganī. Subhanallah! Itu satu kejutān luar biasa!

Apabila Hafiz menceritakan kisah ini, minda saya terus akui betapa “DOA TAWASSUL DENGAN AMAL SOLEH SANGAT AJAIB!”

Paginya berdoa, petangnya Allah kabulkan. Ayuh kita banyakkan doa kepada Allah dengan berbagai teknik yang dīsaran agama!

– Abdullah Bukhari @ 16 Januari 2019 –

Sumber : Facebook Abdullah Bukhari Abdul Rahim

Related articles