Doa Menjelang Ramadhan Yang Di Ajarkan Nabi SAW Kepada Kita Supaya Medapat Kesihatan, Kekuatan, Keselamatan Untuk Beribadah Sepanjang Ramadhan

SubhanaAllah, Alhamdulillah, Allahu Akhbar..

InsyaAllah, dengan izin Allah سبحانه و تعالى, tidak lama lagi kita akan bertemu kembali dengan bulan yang dinantikan oleh umat Islam. Bulan yang penuh dengan keberkatan, keampunan, bulan yang dilipat gandakan pahala serta amalan.

Bulan yang sangat dinanti-nantikan, ada dalam kalangan mereka golongan salaf yang juga melantunkan syair kerana kegembiraan menantikan ketibaan ‘tetamu yang membawa berkat’ iaitu bulan Ramadhan, dengan berkata;

جَاءَ شَهرُ الصِّيَامِ بِالبَرَكَاتِ * فَأَكْرمْ بِهِ من زَائِرٍ هُوَ آتِ

Maksudnya:

Maka bulan puasa yang penuh berkat telahpun datang, Alangkah mulianya tetamu ini yang bertandang. (Lataif al-Ma’arif Fi Ma Li Mawasim al-‘Am Min al-Wazaif)

Apabila menjelangnya Ramadhan Nabi صلى الله عليه وسلم ada mengajarkan kepada kita doa. Doa ini sangat penting, ini doa yang diajarkan oleh Nabi صلى الله عليه وسلم menjelang Ramadhan supaya mendapatkan kesihatan, kekuatan, keselamatan untuk beribadah di sepanjang Ramadhan

DOA AWAL RAMADHAN (1)

Diriwayatkan Imam At-Tirmidzi, saat melihat bulan sabit, Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengucapkan doa berikut ini:

Allahuma ahillahu ‘alaina bil yumni,  wal iman, wassalamati wal islam, Rabbi  wa Rabbukallah

Artinya: ” Ya Allah, tampakkanlah ia (bulan Ramadhan) kepada kami dengan membawa keberkatan dan iman, keselamatan dan Islam, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.”

atau pun boleh dibaca dijuga doa ini

DOA AWAL RAMADHAN (2)

Allahu akhbar, Allahuma ahillahu ‘alaina wal iman, wassalamati wal islam, wataufiqi lima tuhibbu watarddho, Rabbuna  wa Rabbukallah

Artinya : “Ya Allah, limpahkanlah selawat kepada junjungan kami, Nabi Muhammad, dan ke atas keluarga Baginda. Allah Maha Besar, Ya Allah, tampakkanlah ia (bulan Ramadhan) kepada kami dengan membawa keberkatan dan iman, keselamatan dan Islam, serta petunjuk kepada segala yang Engkau sukai dan ridhai, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.”

Hafal dan bacalah doa diatas , mudah-mudah Allah anugerahkan awal Ramadhan kepada kita dengan ketenangan, kedamaian, kekuatan iman, keselamatan sihat dan tidak sakīt sehingga kita keluar daripada bulan Ramadhan ini.. Amin

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku

Related articles