Doa Istimewa Untuk Wanita, Dapat Pahala Seperti Mengerjakan Solat Walaupun Uzur

Amalan Wanita Ketika Hāīd

الْحَمْدُللهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ مِنْ كُلِّ ذَنْبٍ

Maksudnya : Segala puji bagi Alah atas segala perkara, dan aku memohon ampun kepada-Mu atas segenap dōsā

 

Kedatangan hāīd bagi wanita adalah satu keuzūran syarie yang mana wanita itu adalah dilarāng atau ditegāh oleh syarak daripada melakukan beberapa perkara seperti :

  1. Solat (termasuk sujud syukur dan tilawah).
  2. Tawaf.
  3. Sentuh mushaf al-Quran.
  4. Tanggung dan bawa mushaf al-Quran.
  5. Berada di masjid.
  6. Lalu dalam masjid sekiranya dibimbangi mengotorinya.
  7. Baca al-Quran.
  8. Puasa.
  9. Disentuh diantara pusāt hingga lutut oleh suaminya.
  10. Jīmāk.
  11. Bersuci iaitu wuduk dan mandi ibadat.*
  12. Qada solat yang ditinggalkan masa hāīd pada waktu selepas hāīd.
  13. Menghadiri orang yang sedang nāzāk. (pendapat sebahagian ulama).

*dibenarkan mandi dalam ibadah haji, mandi raya dan mandi gerhana.

Rujukan : tuhfahtul muhtaj, Najmul wahhaj, Mughnil muhtaj dan umdatul muhtaj.

Bagi wanita dalam hāīd , amalkan doa ini pada setiap waktu solat dan bacakan sebanyak 3 kali.

Kelebihannya ialah mendapat wanita dalam hāīd itu pahala seperti mengerjakan solat walaupun diketika itu dia di tegah syarak dari mengerjakan solat

Wanita yang didatangi hāīd lazimnya berada dalam ketidakselesaan , dan di atas ketidakselesaan itulah kita ikhtiarkan berdoa memuji Allah سبحانه و تعالى‎ dan memohon ampunan

Segala puji bagi Alah atas segala perkara, dan aku memohon ampun kepada-Mu atas segenap dosā”

Dengan asbab melisankan doa tersebut , maka dekatlah wanita itu dengan pertolongan Allah سبحانه و تعالى‎ yang membolehkan dia untuk dapat berbuat amal baik walau dalam keadaan uzūr syarei

Sebahagian makna doa tersebut ialah

“Aku memohon ampun kepada-Mu atas segenap dosā” 

Bagi wanita yang datang hāīd , mereka ditegah daripada mengerjakan solat (termasuklah juga berwudu’), maka di ketika masuknya waktu solat ,dan dibacanya doa ini, maka beroleh dia keampunan Allah سبحانه و تعالى‎.

Bagi wanita dalam hāīd amalkan lah doa ini dan Tuan Guru Syeikh ijazah doa ini.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Video : Irniwati Zakaria
Viral Malaysia Ku

Related articles