Doa Di Awal Ramadhan Yang Di Ajarkan Nabi صلى الله عليه وسلم Kepada Kita

Alhamdulillah, dengan izin Allahسبحانه و تعالى, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Ahad ini.

Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad berkata, tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh Malaysia ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM). Jesturu di dalam Islam kita dianjurkan membaca doa ketika menjelangnya awal Ramadhan.

ADVERTISEMENT

Doa ini sangat penting, ini doa yang diajarkan oleh Nabi صلى الله عليه وسلم menjelang Ramadhan supaya mendapatkan kesihatan, kekuatan, keselamatan untuk beribadah di sepanjang Ramadhan

DOA AWAL RAMADHAN (1)

Diriwayatkan Imam At-Tirmidzi, saat melihat bulan sabit, Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengucapkan doa berikut ini:

اللَّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالإِيمَانِ وَالسَّلامَةِ وَالإِسْلامِ رَبِّي وَرَبُّكَ اللَّهُ

Allahuma ahillahu ‘alaina bil yumni,  wal iman, wassalamati wal islam, Rabbi  wa Rabbukallah

ADVERTISEMENT

Artinya: ” Ya Allah, tampakkanlah ia (bulan Ramadhan) kepada kami dengan membawa keberkatan dan iman, keselamatan dan Islam, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.”

atau pun boleh dibaca dijuga doa ini

ADVERTISEMENT

DOA AWAL RAMADHAN (2)

أَللهُ أَكْبَرُ, اللَّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالأَمْنِ وَالْإِيمَانِ وَالسَّلَامَةِ وَالْإِسْلَامِ وَالتَّوْفِيْقِ لِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَى رَبُّنَا وَرَبُّكَ اللَّهُ

Allahu akhbar, Allahuma ahillahu ‘alaina wal iman, wassalamati wal islam, wataufiqi lima tuhibbu watarddho, Rabbuna  wa Rabbukallah

Artinya : “Ya Allah, limpahkanlah selawat kepada junjungan kami, Nabi Muhammad, dan ke atas
keluarga Baginda. Allah Maha Besar, Ya Allah, tampakkanlah ia (bulan Ramadhan) kepada
kami dengan membawa keberkatan dan iman, keselamatan dan Islam, serta petunjuk kepada
segala yang Engkau sukai dan ridhai, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.”

Hafal dan bacalah doa diatas , mudah-mudah Allah anugerahkan awal Ramadhan kepada kita dengan ketenangan, kedamaian, kekuatan iman, keselamatan sihat dan tidak sakīt sehingga kita keluar daripada bulan Ramadhan ini.. Amin

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles