Doa Borong Malam Nisfu Sya’ban – Secebis Dari Khazanah Ilmu Yang Dikongsikan Oleh Almarhum Abuya Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam

Diriwayatkan juga, daripada hadis ‘Uthmān bin Abī al-‘Aṣ, secara marfū‘:

إذا اكن ليـة النصـف مـن شـعبان اندى منـاد: هــل مــن مســتغفر فأغفــر هل هــل مــن ســائل فأعطيـه فـا يسـأل أحـد شـيئا إال أعطيـه إالزانيـة بفرهجـا أو مـراك

“Pada malam Niṣfu Sha‘bān, akan ada seruan, “Adakah orang yang ingin memohon keampunan, maka nescaya Daku akan ampunkan? Adakah orang yang ingin meminta (hajat), maka nescaya Daku akan tunaikan? Tidak adalah seseorangpun yang meminta (hajatnya) melainkan Dia menunaikannya, kecuali orang yang berzīnā dengan kemalūānnya dan orang mūsyrīk.”

DOA BORONG 

Kalau tak tahu apa nak minta pada malam ni, bacalah doa ini pada penghujung malam dan penghujung siang esok (10 – 15 min sebelum masuk Waktu Subuh / Maghrib )

  • Ya Allah, aku memohon kepada-Mu akan segala kebaikan di negeri dunia dan negeri akhirat, sama ada yang aku ketahui mahupun yang tidak aku ketahui.
  • Dan aku berlindung dengan-Mu daripada segala kejahātan di dunia ini dan di akhirat, sama ada yang aku ketahui mahupun yang tidak aku ketahui.
  • Ya Allah”, aku memohon kepada-Mu akan syurga dan segala amalan yang dapat menghampirkan aku kepadanya, (baik perkataan, perbuatan, niat dan iktikad.)
  • Dan aku berlindung dengan-Mu daripada apī nerakā dan segala amalan yang dapat menghampirkan aku ke dalam apī nerakā, (baik perkataan, perbuatan, niat dan iktikad.)
  • Ya Allah!, aku memohon kepada-Mu akan segala kebaikan yang telah dipohon oleh hamba-Mu dan Rasul-Mu Muhammad صلى الله عليه وسلم.
  • Aku berlindung dengan-Mu daripada segala kejahātan yang telah berlindung daripadanya oleh hamba-Mu dan Rasul-Mu Muhammad صلى الله عليه وسلم.
  • Ya Allah! Apa jua keputusan yang Engkau berikan kepadaku daripada segala urusanku maka jadikanlah akībatnya membawa aku mendapat petunjuk dan redha-mu.

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Secebis dari Khazanah Ilmu yang dikongsikan oleh Guru Mulia Almarhūm Abuya Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al Banjari an Nadwi al Maliki Rahīmahullah..

Semoga Allah سبحانه و تعالى membalas kebaikan Guru kita dengan sebaik -baik ganjaran dari sisi-nya.

آمين آمين آمين يا مجيب السائلين

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk info-info menarik

Oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber : Ahmad Tifla

Related articles