Doa Berbuka Yang ‘Istimewa’ – Diampunkan Dosa Pembacanya Seperti Bayi Yang Baru Dilahirkan

DAHSYATNYA DOA SEBELUM BERBUKA PUASA

Ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh ALLAH سبحانه و تعالى, iaitu berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur.

Tetapi, sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya atau tahu tapi mengabaikannya.

Di Mekkah dan Madinah, satu jam sebelum azan maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mahu pun ak-hirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai-sampai air mata mereka mengalir deras.

Kesalahan yang dilakukan kaum muslimin ialah dengan menyibukkan diri pada waktu yang sangat mustajab ini dengan cara sibuk bersiap untuk berbuka menjelang azan maghrib kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka dan mereka sudah merasa cukup dengan hanya membaca “Allahuma lakasumtu… atau dzahaba zhoma’u..” padahal hanya mencakupi maknanya berupa ucapan syukur sahaja.

Daripada Abdullah bin ‘Amr رضي الله عنه berkata bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:

إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً مَا تُرَدُّ

Maksudnya: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doa yang tidak akan ditolak”. (Riwayat Ibn Majah)

Ketika kita sibuk-sibuk menyediakan juadah berbuka pastikan kita spare sedikit masa, sekitar 3-5 minit sebelum masuk waktu berbuka, untuk menadah tangan berdoa kepada ALLAH سبحانه و تعالى.

Ayuh kita amalkan doa ringkas ini setiap kali kita berbuka puasa.

Cadangan doa ini sebagai panduan sahaja, boleh diubah mengikut hajat masing-masing.

Cadangan doa ketika berbuka puasa:

  1. Bertambah iman
  2. Sihat tubuh badan
  3. Mati yang baik.
  4. Murah rezeki.
  5. Anak soleh.
  6. Keluarga bahagia.
  7. Rahmat ALLAH.
  8. Jauh a-zab ku-bur.
  9. Lapang dada.
  10. Kekalkan iman.
  11. Ampunkan do-sa.
  12. Anak-anak berjaya.
  13. Perniagaan yang diberkati.
  14. Jauhi segala penya-kit.
  15. Ibadat diterima.
  16. Mudah segala urusan.
  17. Diterima taubat.
  18. Lapangkan ku-bur.
  19. Mudah bayar hu-tang.
  20. Lailatulqadar.
  21. Syafaat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.
  22. Syurga Firdaus.
  23. Jauhi ne-raka.
  24. Terima kitab tangqn kanan.
  25. Selamat meniti Sirat.
  26. Selamat fit-nah Da-jal.
  27. Ketenangan hati.
  28. Doa ibubapa.
  29. Keluarga yang dirikan solat.
  30. Diterima puasa Ramadhan.

[DOA BERBUKA YANG ISTIMEWA]

  •  Diampunkan do-sa pembacanya seperti bayi yang baru dilahirkan

يَا عَظِيمُ يَا عَظِيمُ أَنْتَ إلَهِي لَا إلَهَ غَيْرُك اغْفِرْ لِي الذَّنْبَ الْعَظِيمَ فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذَّنْبَ الْعَظِيمَ إلَّا الْعَظِيمُ

Maksudnya: “Wahai Yang maha Agung, Wahai Yang maha Agung, Engkaulah Tuhanku, tiada tuhan selain Engkau. Ampunilah aku yang berdo-sa besar ini. Sesungguhnya tidak ada yang boleh mengampuni dos-a besar melainkan Engkau Yang Maha Agung”. (Riwayat Al-Hakim dalam Al-Mustadrak)

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Sumber : Ahmad Tifla, Muhd Shahir
Disediakan oleh : abunur@vmk

Related articles