Agama kita Islam amat menitik beratkan perkara al-Amr bi al-Ma’ruf (menyeru kepada kebaikan) dan al-Nahi an al-Munkar (mencegah daripada perkara mung-kar). Ini berdasarkan, banyak firman Allah SWT antaranya di dalam surah ali-Imran ayat 104 :
وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ ۚ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan ke-ji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”
Menurut ayat di atas, jelas menunjukkan kepada kita akan kewajipan seorang mukmin atau muslim itu untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada perkara yang mung-kar. Tambahan pula, terdapat hadith sahih yang menyeru agar kita semua mencegah perkara-perkara yang mung-kar:
Daripada abu Sa’id al Khudri RA berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ
Maksudnya: “Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemung-karan, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Apabila dia tidak mampu, maka dengan lisannya. Dan apabila dia tidak mampu lagi, maka dengan hatinya. Sesungguhnya itu adalah selemah-lemah iman.” [Riwayat Muslim (78)]
Doa Agar Tidak Dihisab (Kerana Tidak Mampu Mencegah Kemungkaran)
Sungguh kita berada diakhir zaman yang penuh dengan cabaran. Zaman di mana mengamalkan ajaran mengikut syariat Islam, sunah dan akhlak Rasulullah SAW, namun dipulau dan dipandang serong.
Sedangkan, fahamann s0ng-sang bertentangan dengan fitrah diangkat serta dipertahankan sehinggakan golongan yang memperjuangkan hak itu diberi peruntukan undang-undang.
Soal halal ha-ram ditolak ketepi, anak muda sudah hilang rasa ma-lu dan hanya fikirkan kesero-nokan 😥
Dunia kini tanpa batasan, semuanya dihujung jari. Dan terkadang itu juga kita melihat kemung-karan, sama ada didepan mata atau pun di alam maya, tetapi tidak menegur bahkan kadang dengan hati pun terlupa untuk menegur ????
atau kita terlupa berdoa agar perbuatan atau mak-siat itu tiada
Maka, para ulama mengajar kita dengan bacalah doa ini kerana kecuaian kita agar kelak kita tidak dihisab Allah SWT.
#1 – Doa Pertama
الَلَهُمَّ إِِنِّي مَغْلُوبٌ فَانْتَصِرْ وَارْحَمْ قَلْبِي مُنْكَسِر
“Ya Allah, sesungguhnya aku dikalahkan , maka bantulah aku dan kasihanilah hatiku yang pecah (lemah ini)”
#2 – Doa Kedua
اللَّـهُـمَّ إنَّ هذا المنكرُ لا أرضَى بهِ. اللَّـهُـمَّ اهْدِهِ/اهدهَا
” Ya Allah, sesungguhnya ini adalah perkara munkar dan aku tidak meredhainya. Ya Allah, kurniakanlah petunjuk kepadanya (pelaku mun-kar tersebut). “
Semoga Allah memelihara iman kita dan menyelamatkan kita daripada segala fit-nah yang ada di akhir zaman.
************
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Disediakan oleh : abunur@vmk
Kredit : Muhd Shahir