Dirundung Kesedihan Disebabkan Hartamu, Kesihatanmu, Anakmu Atau Hidupmu, Maka Ucapkanlah Kalimat Ini

Jika kamu dirundung kesedihan disebabkan hartamu, kesihatanmu, anakmu atau hidupmu. Sesungguhnya dengan banyak berselawat keatas Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم akan mehīlangkan kesēdīhan ini daripada hatimu.

Sekiranya banyak dosāmu dan kelalaīanmu, sesungguhnya dengan banyak berselawat keatas Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم akan menggugurkan dōsa-dōsa ini.

Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda

أَلا إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَكْثَرُهُمْ عَلَيَّ صَلاةً

‘Sesungguhnya orang yang paling utama bersamaku pada hari kīamat ialah mereka yang paling banyak berselawat ke atasku’.

Apabila Nabi صلى الله عليه وسلم ditanya :

‘Siapakah yang paling dekat denganmu di hari kīamat nanti?’

Nabi صلى الله عليه وسلم menjawab :

‘Orang yang paling banyak berselawat ke atasku daripada kalangan kamu.’

Setiap kali seseorang berselawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم, maka Allah سبحانه و تعالى‎ akan mengangkat darjatnya disebabkan selawat itu.

Bahkan Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda bahawa Baginda melihat seorang lelaki yang berada titīan sīrat (صراط) , dia terketār-ketār (ketakūtān) sepertimana berhayunnya pelepah kurma apabila ditiup angin lalu datanglah amalannya yang banyak berselawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم, lalu ditetepkan kakinya di atas titīan sīrat (صراط) .

Ketahuilah sesungguhnya kita berselawat keatas Nabi صلى الله عليه وسلم adalah untuk diri kita jua

مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً، صَلى اللهُ عليه عَشْرَ صَلَوَاتٍ

barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah سبحانه و تعالى‎ akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat,

وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَطيئاتٍ

dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosā)nya,

ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَات

serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak)

BERISTIGHFAR dōsa diampuni, namun belum tentu yang lain dapat

maka dengan BERSELAWAT dosā terampuni,

ada orang BERZIKIR belum tentu diterima Allah سبحانه و تعالى‎ zikirnya.. kenapa?

kerana ZIKIR amalan dia, tetapi orang BERSELAWAT pasti diterima oleh Allah سبحانه و تعالى‎.

Kenapa SELAWAT pasti diterima? kerana selawat adalah permohonan kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dan automatik pasti di balas kerana itu janji Allah سبحانه و تعالى‎

أدم الصلاة على النبي محمد

Berterusanlah kamu dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم

وقبولها حتم بدون تردد
Ianya pasti diterima (di sisi Allah سبحانه و تعالى‎) tanpa ragu-ragu

أعمالنا بين القبول وردها
Setiap amalan kita di antara diterima atau ditolak

إلا الصلاة على الحبيب محمد
Kecuali selawat ke atas Sang Kekasih Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم

Berkata Al-Imam Ahmad Ibnu ‘Ato’illah as-Sakandari رحمه الله :

“Sesiapa yang tidak banyak berpuasa (sunat) dan berqiyamullail (disebabkan mālas atau tidak mampu), maka perbanyakkanlah selawat kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم.” –

Kata para ulama’ lagi:

Selawat merupakan satu-satunya amalan yang diterima Allah Taala walau dalam apa jua keadaan, sekalipun orang yang berselawat tersebut rīya’, tidak ikhlas dan sebagainya berbanding amalan-amalan yang lain.

Sekali kita berselawat, Allah سبحانه و تعالى‎ akan membalas sepuluh kali ganda selawat untuk kita. Selawat Allah سبحانه و تعالى‎ kepada hambaNya adalah rahmat dengan diampunkan dōsa, diangkat darjat, dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan dan sebagainya..

Selawat adalah jalannya, Selawat adalah jambatannya, selawat adalah kunci pembukanya.

‎أَدِمِ الصَّلاَةَ عَلَى مُحَمَّدٍ
‎فَقَبُوْلُهَا حَتْمًا بِغَيْرِ تَرَدُّدٍ
‎أَعْمَالُنَا بَيْنَ الْقَبُوْلِ وَرَدِّهَا
‎اِلاَّ الصَّلاَةَ عَلَى النَّبِيِّ مُحَمَّدٍ

Berselawatlah!

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku

Related articles