Diceritakan, Diatas Kubah Hijau Ini Ada Kubur. Betul ke? Bukan, Ia Bukan Kubur, Tapi Sebuah ‘Pintu’ Dengan Kisah Tawassul Yang Indah

Qubbatul Khadra’, Kubah Hijau yang teramat dirinduī

Pernah diceritakan, diatas kubah hijau tersebut, ada “kūbūr”. Betul ke? Bukan, ia bukan kūbūr, tapi sebuah “pintu” dengan kisah tawassul yang indah

Pintu @ lubang di atas kubah yang menaungi mākam Junjungan Nabi صلى الله عليه وسلم  bukanlah perkara baru. Bahkan, telah menjadi “sunnah” orang – orang Madinah al-Munawwarah untuk membuat lubāng atas atap atau naungan yang menaungi mākam Junjungan Nabi صلى الله عليه وسلم  sebagai saranan bertawassul dengan baginda dan beristisqa kepada Allah ta`ala.

Perkara ini dilakukan atas anjuran Ummul Mukminin, Sayyidatina ‘Aisyah رضي الله عنها sebagaimana diriwayatkan atsarnya oleh guru Imam al-Bukhari رحمه الله تعالى, iaitu Imam ad-Darimi رحمه الله تعالى dalam musnad atau sunannya yang masyhur

Imam ad-Darimi رحمه الله تعالى meriwayatkan atsar tersebut dalam

“باب : ما أكرم الله تعالى نبيه صلى الله عليه وسلم بعد موته”

“ Perkara-perkara yang Allah ta`ala muliakan nabiNya  صلى الله عليه وسلم  setelah kewafatan baginda  صلى الله عليه وسلم “

Pada halaman 227, juz 1, “Musnad ad-Darimi” atau lebih dikenali dengan “Sunan ad-Darimi” dinyatakan atsar yang dinisbahkan kepada Sayyidatina ‘Aisyah رضي الله عنها, hadits mauquf yang menurut pentahqiq kitab “Musnad ad-Darimi” tersebut, iaitu Syaikh Husain Salim Asad ad-Darani, segala perawinya adalah orang – orang yang tsiqah. Dinyatakan dalam atsar tersebut sebagai berikut :

Abul Jawza’ Aws bin ‘Abdillah berkata: “Penduduk Madinah al-Munawwarah telah menghadapi musim kemarau yang teruk, lalu mereka mengadu kepada Sayyidatina ‘Aisyah رضي الله عنها. Sayyidah ‘Aisyah رضي الله عنها berkata kepada mereka: “(Pergilah) kamu melihat kūbūr Nabi صلى الله عليه وسلم  dan buatkan satu lubang atasnya (yakni atas atap yang menaungi mākam yang mulia) yang tēmbus ke langit sehingga tidak ada atap di antara kūbūr tersebut dengan langit.” Maka mereka pun melakukannya, lalu turunlah hujan lebat sehingga tumbuh-tumbuhan hidup dengan subur dan unta-unta menjadi gemūk sehingga kulītnya seakan-akan pecāh, maka dinamakan tahun tersebut “aamul fatqi” (yakni tahun pecāh-pecāh, melambangkan kesuburan kerana kulit – kulīt unta peliharaan mereka seolah-olah pecāh akibat kegemūkan).

Atsar ini menunjukkan keharusan bertawassul dengan Junjungan Nabi صلى الله عليه وسلم  selepas kewafatan baginda  صلى الله عليه وسلم . Ianya juga menunjukkan bahawa keberadaan mākam Junjungan Nabi صلى الله عليه وسلم  itu sentiasa berada di bawah naungan sesuatu. Inilah yang dijelaskan oleh para ulama kita antaranya oleh Imam as-Samhudi رحمه الله تعالى

Bahkan dalam kitabnya yang masyhur, “Khulashaatul Wafa bi Akhbari Daaril Musthafa  صلى الله عليه وسلم  “, al-Imam ‘Ali bin Abdullah bin Ahmad al-Hasani as-Samhudi (844 – 922H) رحمه الله تعالى, pada halaman 289 – 290, menyatakan tiada syak lagi bahawa mākam Junjungan Nabi صلى الله عليه وسلم  adalah dalam keadaan beratap sejak awal permulaannya lagi ( fi shadril awwal). Maka dari kerana itulah Imam ad-Darimi telah meriwayatkan atsar Sayyidatina ‘Aisyah رضي الله عنها yang menyuruh membuka satu lubang atas naungan tersebut sebagaimana dinyatakan di atas tadi

Selanjutanya, Imam as-Samhudi menukilkan perkataan az-Zain al-Maraghi yang menyatakan :

Perbuatan membuka lubang ini ketika kemaraū adalah sunnah (tradisi) penduduk Kota Madinah sehinggalah sekarang (yakni sehingga ke zaman beliau tersebut). Mereka membuka lubang pada kubah yang menaungi hujrah (bilik mākam Junjungan Nabi صلى الله عليه وسلم  )

(ini adalah kerana) di antara mākam Junjungan Nabi صلى الله عليه وسلم  dengan langit ianya dihalang oleh atap (oleh kerana itulah mereka perlu membuat lubāng tersebut)

Setelah membawa pernyataan daripada az-Zain al-Maraghi tersebut, Imam as-Samhudi menyatakan bahawa pada zaman beliau, tradisi membuka lubang tersebut telah ditukar kepada membuka pintu pada dinding yang berbetulan menghadap wajah Junjungan Nabi صلى الله عليه وسلم . Manakala lubang yang dibuat pada atap atau kubah tersebut dijadikan jendela berpenutup yang juga dapat dibuka untuk beristisqa ketika kemārau.

Atsar Sayyidah ‘Aisyah رضي الله عنها ini turut dinukilkan dalam berbagai karya para ulama kita. Ianya turut dimuatkan dalam kitab himpunan hadis yang masyhur seperti “Misyakatul Mashabih”, manakala dalam syarahnya, “Mirqaatul Mafaatiih”, pada juz 11, halaman 95 -96, hadis yang ke 5950, Mulla ‘Ali al-Qari رحمه الله تعالى telah memberikan komentar yang menarik. Mulla ‘Ali al-Qari رحمه الله تعالى turut menjelaskan bahawa Abul Jawza` adalah Aws bin ‘Abdillah al-Azdi رحمه الله تعالى seorang tabi`in yang masyhur daripada kalangan penduduk Bashrah dan beliau telah mendengar dan meriwayatkan hadis daripada Sayyidatina ‘Aisyah, Sayyidina Ibnu ‘Abbas dan Sayyidina Ibnu ‘Umar رضي الله عنهم أجمعين

Mulla ‘Ali al-Qari رحمه الله تعالى turut menyatakan bahawa ada ulama yang berpendapat perbuatan membuat lubang atas atap tersebut dan membiarkan mākam Junjungan Nabi صلى الله عليه وسلم terdedah terus menghadap langit adalah sebagai menyatakan kesungguhan untuk meminta syafaat baginda (mubaalaghah fil istisyfaa’ bi hi)

Ada juga ulama yang menyatakan bahawa ketika langit melihat mākam Junjungan Nabi صلى الله عليه وسلم, maka mengalirlah air di segenap wadi akibat tangīsannya (yakni tangisan langit yang berupa air hujan) (anna as-sama` lamma ra-at qabr an-Nabiy صلى الله عليه وسلم saala al-wadi min buka-iha). Di antara ulama kita di Nusantara yang menukilkan atsar ini adalah Hadhratusy Syaikh Kiyai Hasyim al-Asy`ari رحمه الله تعالى dalam kitabnya “an-Nurul Mubin fi Mahabbati Sayyidil Mursalin صلى الله عليه وسلم” pada halaman 73 sebagai dalil untuk mengharuskan bertawassul dan beristighatsah dengan Junjungan Nabi صلى الله عليه وسلم

Oleh itu, diharap kita dapat memahami kedudukan sebenar perkara yang berhubung kait dengan Kubah Hijau yang menaungi makhluk yang paling mulia Junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم. Sesungguhnya kemuliaan mākam baginda صلى الله عليه وسلم telah terpelihara sejak baginda bersemayam di sana sehinggalah ke hari ini, walaupun terdapat suara-suara sumbāng yang tidak suka dengan keberadaan kubah tersebut akibat sālah memahami akan hadits Junjungan Nabi صلى الله عليه وسلم

Fahamilah wahai saudara sekalian, atap atau kubah yang menaungi mākam yang mulia ini telah wujud sejak zaman awal lagi dan telah berkesinambungan sejak lebih dari 1000 tahun. Yang berubah hanyalah, bilangan naungan tersebut, rupa bentuk, saiz dan warnanya sahaja. Apakah para ulama yang jutaan, jika tidak billionan, jumlahnya sejak zaman dahulu lagi, tidak tahu kedudukan hūkum membuat naungan atau atap atau kubah atas mākam Junjungan Nabi صلى الله عليه وسلم? Jika ianya adalah mutlak harām, maka kenapa mereka hanya berdiam diri ?

Kerna segalanya, hanya kerana mahabbaturrasūl صلى الله عليه وسلم

Madinah adalah kota cinta

اللهم حببنا إلى حبيبك سيدنا محمد ﷺ، وارزقنا منه العناية والرعاية والنظر و الاعتناء، وارزقنا كمال المتابعة له ظاهرا وباطنا. آمين يا رب العالمين.

والله أعلم

وَاعْلَمُوا أَنَّ فِيكُمْ رَسُولَ الله

—————————————————

Suntingan : Al Faqir Wal Muznib Abu Mu’az
Istifãdah daripada : Sidna Ustaz Abu Zahrah Abdullah Thohir Al-Qadahi حفظهم الله ورعاه

Sumber : Pencetus Ummah Izzat

Related articles