Di Bulan Ramadan, Allah Senaraikan Nama Yang Dibebaskan Dari Neraka. Bacalah Doa Ini Agar Nama Kita Dipilih

Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang ISTIMEWA buat umat Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم, bahkan terdapat puluhan hadis Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang menjelaskan tentang kelebihan dan keistimewaan yang dikuriakan oleh Allah سبحانه وتعالى kepada umat Nabi Muhammad yang tidak diberikan kepada umat-umat terdahulu

PEMBEBASAB DARI NERĀKADAN DOA YANG MAKBUL

Sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى mempunyai ahli nerakā yang dibebaskan dan demikian itu berlaku setiap malam Ramadan

Daripada Hazrat Abu Sa’id al-Khudri رضي الله عنه Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda, “Sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى mempunyai hamba-hamba yang dibebaskan (dari apī nerakā) pada setiap siang dan malam pada bulan Ramadhan dan bagi setiap orang Islam ada satu doa yang dimakbulkan pada setiap siang dan malam (Ramadhan).”

(Hadith riwayat al-Bazzar sebagaimana dalam at-Targhib)

DOA DIBEBASKAN DARIPADA APĪ NERĀKA

Allah سبحانه وتعالى berjanji akan memerdekakan hamba-hambaNya daripada senarai ahli nerakā. Bermula terbenam 1 Ramadhan sehinggalah terbenam matahari 30 Ramadhan nanti, Allah berjanji kepada kita akan memerdekakan setiap saat didalam Ramadhan ini ada senarai yang Allah senaraikan dalam kalangan hambaNya dibebaskan daripada nerakā.

Maka, sepanjang dalam sujud solat kita, solat fardhu kita, solat sunat, solat tarawih jangan lupa untuk kita berdoa supaya Allah memasukkan kita dalam golongan yang Allah memerdekakan daripada apī nerakā.

BACA KETIKA SUJUD

Baca setiap kali dalam sujud ketika solat terutama ketika bulan Ramadhan

اَللَّهُمَّ اخْعَلْنِى مِنْ عُتَقَا ئِكَ مِنَ النَّار
“Allahumaj alni min utaqa ika minan nar”

“Ya Allah jadikan aku masuk dalam golongan yang Engkau merdeka kan daripada apī nerakā”

doalah dengan doa ini banyak-banyak terutama ketika kita sedang sujud kerana keadaan paling dekat seorang hamba dari rabbnya adalah ketika dia dalam keadaan sujud, maka perbanyak doa (di dalamnya) kata Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم

MINTA DENGAN ALLAH DOA INI SEPANJANG BULAN RAMADHAN

Dari satu pekongsian ceramah oleh Ustaz Wadi Annuar juga berkongsi bahawa bahawa setiap hari Allah akan menyenaraikan senarai nama mereke-mereka yang dibebaskan daripada apī nerakā.

Ustaz Wadi juga menyatakan semasa belian mengaji di Syira dahulu, setiap hari telinga beliau di bulan Ramadhan akan mendengar antara doa yang dibacakan oleh para ulama’ setiap hari dibulan Ramadhan adalah :

Wahai Allah, pilihlah kami pada hari ini untuk tersenarai dalam kalangan mereka yang dibebaskan daripada apī nerakā.

Dalam bulan ramadhan tiap-tiap hari Allah menyenaraikan nama-nama yang akan dibebaskan daripada apī nerakā. Minta yang ini tuan-tuan kata Ustaz Wadi Annuar.

Tambah Ustaz Wadi, mintalah dengan Allah permintaan ini, dan lagi hebat tuan-tuan orang yang jiwanya lebih besar sepertimana yang diajarkan oleh ulama’ adalah dengan

Wahai Allah, bebaskan aku dan ahli keluargaku daripada apī nerakā. Wahai Allah, bebaskan umat Nabi صلى الله عليه وسلم daripada apī nerakā jahānnām.

Berdoa untuk umat Rasulullah صلى الله عليه وسلم cukup besar. Jika doa itu diterima oleh Allah maka sebanyak mana orang yang kena doa kita itu, maka kesemuanya kebaikkan doa itu kembali kepada kita yang mendoakan.

Sebab itu, para ulama’ apabila mereka berdoa, mereka akan berdoa untuk seluruh umat Islam.

“Ya Allah, bebaskan lah kami dan keluarga kami, dan bagi umat Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dari senarai ahli nerakā, dan masukkanlah kami semua ke syurga firdaus kamu ya ..Rabb..”

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku

Related articles