Dengan Mulut Ternganga Luas, Penunggang Motor Tidur Nyenyak Di Tengah Jalan

Setiap daripada kita pasti pernah mengalami masalah mengatuk ketika memandu. Memandu ketika mengantuk antara faktor utama berlakunya k3malangan di atas jalan raya. Bahkan menurut pakar cukup untuk seseorang itu terlelap dalam tempoh singkat dengan jangkamasa antara satu hingga lima saat tetapi boleh menyebabkan k3malangan.

Jika anda mengatuk disarankan supaya anda memberhentikan kenderaan ada seketika. Dengan melakukan hal ini anda boleh menyelamakan ny4wa anda dan pengguna jalan raya yang lain.

Mungkin ini yang cuba dilakukan oleh seorang lelaki daripada Thailand ini. Tular satu video di media sosial Thailand memaparkan beberapa lelaki cuba mengejutkan seorang penunggang motosikal yang tidur nyenyak di atas kenderaannya di tengah jalan, lapor laman berita Thaiger semalam.

Berdasarkan video dimuat naik dalam sebuah kumpulan perbincangan Facebook, penunggang motosikal itu dilihat tidur dengan amat nyenyak dengan keadaan mulutnya ternganga luas.

“Bangun. Adakah anda sedar anda sedang tidur di tengah jalan? Tolong bangun,” kata kumpulan lelaki berkenaan ketika mengejutkan penunggang tersebut.

Dia kemudian terjaga dari tidur dan kelihatan keliru. Menurut lelaki tersebut, dia tidak berada dalam keadaan mabuk dan menunjukkan isyarat dua jari bagi menandakan keadaannya baik.

Dia kemudian meminta salah seorang daripada lelaki yang mengejutkannya agar menghantarnya pulang kerana berasa tidak berdaya lagi untuk menunggang motosikal.

Lokasi kejadian tidak dinyatakan namun, ia tidak kelihatan seperti jalan yang sibuk di kota raya seperti Bangkok.

VIDEO

Tonton Disini >>> @babu_jumpers, The Thaiger

Jika anda penat atau mengantuk ketika memandu, berhentilah seketika. Dengan tindakan anda berhenti seketika dan berehat mahupun tidur ia bukan sahaja menyelamatkan ny4wa anda bahkan pengguna jalan raya yang lain.

Sumber/Video : Kosmo, @babu_jumpers, The Thaiger , Harmagidun

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Viral Malaysiaku

Related articles