Dasyatnya Amalan Ini, Paling Cepat Terkabulnya Hajat Kita – Syeikh Ali Jaber

ADA APA DENGAN SEDEKAH SUBUH?

Sedekah Subuh.. Sedekah Subuh? Kenapa saya berkata sedekah subuh? Bukan bererti tidak boleh bersedekah diwaktu yang lain. Semua sedekah boleh (digalakkan) disetiap waktu dan setiap saat. Hari Jumaat mau pun selain hari Jumaat.

Namun, sedekah subuh itu termasuk sedekah yang terbaik. Kenapa? Bukan kata saya, akan tetapi kata Rasulullah صلى الله عليه وسلم

Setiap waktu subuh Allah سبحانه و تعالى turunkan malaikat, tugaskan mendoakan orang yang bersedekah disubuh hari.

“Tidak ada satu Subuh pun yang dilalui hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua Malaikat. Satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”. (Riwayat Bukhari)

Ibu-Ibu (wanita-wanita) yang berhalangan solat tidak boleh solat sebelum melakukan aktiviti isi sedekah subuh.

Anda tidak perlu susah-susah mencari anak ya(tim) dan orang mis(kin) di subuh hari .

Mulai hari ini masing-masing sediakan kotak amal atau botol, atau tabung.. simpan dirumah. Setiap selesai solat subuh sebelum memulakan aktiviti . Isi sedekah ini. Apa lagi sedekah itu disertai dengan doa. 

Begitu (setelah) anda bersedahkah sebutkan hajatmu..

“Ya Allah, dengan berkat sedekah ini, Ya Allah saya ingin bernikah..” mudahkan jodoh..

Ada yang sedang melamar (mencari) pekerjaan..

Wallahi dasyat, amalan ini dasyat.. Manfaatnya banyak, untuk menyembuhkan penyakit, mengabulkan hajat, memudahkan urusan. Dan tidak pernah saya sampaikan amalan ini semuanya Alhamdulillah berhasil mendapatkan hajatnya.

Begitu anda isi (bersedekah) doa..

“Ya Allah dengan berkat sedekah ini, mudahkan lamaran kerjaan saya..”

“Ya Allah dengan berkat sedekah ini, mohon titipkan pahala untuk kedua orang saya..”

Jika ada yang merasakan dirinya suka ma(rah), suka emosi.. ‘Ya Allah dengan berkat sedekah ini, tenangkan hati dan jiwa saya.. agar tidak emosi lagi..’

‘Ya Allah dengan berkat sedekah ini, kurniakan aku dengan anak (zuriat) yang mengahafaz al-Quran..’

Ibu-ibu, jamaah sekalian, Wallahi menurut saya, saat ini.. zaman ini.. sedekah yang terbaik dan yang termulia, semua apa pun yang terkait dengan al-Quran itulah yang termulia.

Syeikh juga ada menyebut didalam kuliahnya ada pasa(ngan) yang sudah 17 tahun bernikah namun masih belum dikurniakan anak, setelah enam bulan bersedekah subuh, dapat satu panggilan daripada si suami mengatakan isterinya ha(mil)…

Begitulah dasyatnya amalan sedekah subuh ini.

SYEIKH ALI JABER DALAM KENANGAN

(3hb Feb 1976 – 14 Jan 2021)

Wahai Syeikh Yang Mulia !

Walaupun kita hanya berjumpa dalam alam maya tetapi ada beberapa Ilmu yang aku dapat melaziminya asbab melalui lisan engkau …

Insya Allah akan aku akan terus amalkan sebahagian darinya ..
Terutama sekali Tausiah mu mengenai “Dahsyatnya Sedekah di Waktu Subuh”..

Aku menyakini setiap apa yang engkau bicarakan kerna aku sudah ada banyak bukti akan kebenarannya..

Termasuk pengalaman pada diri peribadi ku..

Terima kasih atas Ilmu mu wahai Syeikh Ali Jaber dan aku mendoakan agar engkau bahagia disana bersama Insan yang amat engkau cintai, RASULULLAH صلى الله عليه وسلم

Al- Fatihah… (dibaca)

والله أعلمُ

Mudah-mudahan perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadis Riwayat Muslim : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk
Sumber/Video : Syed Mohd Norhisyam al-Idrus & Ahmad Tifla

Related articles