Dalam Rumah Banyak Semut? Buat Spray Homemade 3 Bahan ini. Mudah & Dijamin Selamat

Stres kalau rumah banyak semut ni.. Pantang ada minuman manis/makanan tumpah, kompem berduyun datang. Ada anak kecik tau-tau la, ada je tumpah makanan die kat mana-mana. Geram betul sebab sampai ke bekas susu anak pun semut hurung. Tu belum lagi part merayap atas badan dan menggigit masa si kecik ni tidur.

Kebetulan rumah memang dekat gak dengan tempat buang sampah. Macam mana jaga pun, semut tetap gak masuk. Kekadang masuk dari rekahan-rekahan kecik dekat dinding-dinding, kekadang ikut tingkap dapur, dari balkoni bagai.

Ada yang kata tak boleh bunuh semut. Tapi pernah dengar ceramah ustaz, yang tak boleh tu kalau kita sengaja bunuh/gi bakar sarang semut yang takde kena mengena dengan kita. Tapi dibolehkan bunuh semut kalau sampai dah mengganggu manusia (masuk rumah, hurung makanan & menggigit). Begitu jugak kalau semut merosakkan tanam-tanaman sampai buah/hasilnya terjejas.

ADVERTISEMENT

Biasanya kalau kat luar rumah, saya guna racun serangga je. Tapi jarang spray kat dalam rumah sebab ada anak kecil. Guna racun serangga organik untuk spray dalam rumah tapi semut tak mati lak. Spray serai wangi pun tak berkesan. Sebelum ini pernah guna beberapa petua halau semut, tapi semuanya mengecewakan. Huhu.. Yela, petua tu dah terang-terang nak halau je bukan membunuh semut. Memang lah semut tak ikut laluan tu, tapi dia buat jalan baru pulak. Dah tu semut makin banyak.

Kebetulan masa saya balik ke rumah mak, banyak betul semut api masuk rumah dari pintu dapur. Anak pun asyik kena gigit jer. Semut ni bersarang kat pokok rambutan kat laman rumah. Pantang ada makanan tumpah-tumpah sikit, berduyun-duyun masuk rumah.. Ada 2 jenis semut api lak tu, jenis yang sederhana & 1 lagi saiznya lebih besar (kecik sikit dari kerengga). Semuanya mati jer bila kena spray. Untuk elak lebih banyak lagi scout semut ni buat jalan masuk rumah, saya spraykan pada lantai pintu dapur secara konsisten. Alhamdulillah, dah makin kurang semut yang masuk ke rumah

SPRAY SERBAGUNA (HOMEMADE)

Sekarang untuk membanteras semut.. Kat dapur & dalam rumah saya gunakan spray serbaguna homemade ni. Yang pasti, selamat digunakan kalau ada anak kecik sekalipun. Kawasan-kawasan yang anak tak boleh capai pulak, saya guna racun jenis serbuk (untuk kawal populasi semut yang bersarang dalam rumah). Yang ini boleh beli kat kedai DIY. Alhamdulillah, boleh la lega untuk sebulan-2 sebelum semut menyerang balik.

ADVERTISEMENT

BAHAN-BAHAN :

  • ¼ cawan cuka putih
  • 1¼ cawan air paip
  • 1-2 sudu makan sabun pencuci pinggan

CARA PENYEDIAAN :

Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.

ADVERTISEMENT
  • Bancuhan ni sebenarnya xde sukatan yang tetap pun, TAPI kalau cuka terlebih, cat dinding/perabot anda mungkin akan rosak, kalau terlalu cair pulak tak berkesan dan kalau terlebih sabun licin sangat bila dah kering.
  • Yang saya buat ni 1 bahagian cuka : 5 bahagian air. Sabun dalam 25%-30% dari jumlah cuka.
  • Kalau guna sabun mandi (syampu badan) lebih wangi tapi tak berapa berkesan untuk tanggalkan kesan minyak.

TIPS TAMBAHAN :

Untuk kurangkan bau masam, biasanya spray ni saya tambah essential oil. Bagi yang takde essential oils, boleh tambah sebatang kayu manis ke dalam bancuhan cuka. Bau wangi kayu manis ni akan melarut dalam beberapa jam.

Kayu manis ni belum melarut lagi. Makin lama terendam, warna larutan menjadi gelap.

KEGUNAAN LAIN :

1. Sebagai penghalau serangga. Larutan ni bukan je membunuh nyamuk, lalat & semut. Tapi cuka tu hilangkan bahan kimia yang dihasilkan semut tadi. (semut akan buat jalan lain, tapi kena spray dengan kerap).

2. Membersihkan sisa makanan tumpah. Cuka boleh hilangkan bau ‘manis’ gula, gabungan cuka & sabun pulak menanggalkan minyak. Kalau si kecik ni tumpahkan air manis, lepas bersihkan dengan air supaya tak lekit, saya guna spray ni je. Senang keje

3. Boleh juga dijadikan pencuci dapur lepas memasak tu. Dah tak payah beli mahal-mahal la lepas ni.

4. Bersihkan kulat/kulapuk pada dinding/perabot. Spray & lap je (boleh tambah cuka kalau kulat tebal sangat).

5. Spray secara konsisten untuk hapuskan rumput liar di halaman rumah (untuk kesan yang lebih cepat, tambah sukatan cuka ½ cawan lagi. Kalau pekat sangat bukan setakat rumput, tanaman pun boleh mati kalau terkena)

6. Boleh juga digunakan untuk mop lantai. Boleh cairkan lagi dengan tambah 5 lagi bahagian air. Boleh tambah pencuci lantai kalau nak wangi. Gandakan sukatan untuk kuantiti yang banyak & gunakan air panas untuk lebih efektif.

Saya selalu standby spray ni dalam botol kecil & simpan dalam beg

Mudah-mudah bermanfaat.

Sumber/Foto : Yatie Eimra , Vanilla Kismis

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel-artikel yang lebih menarik

ADVERTISEMENT

Related articles