Daging Goreng Cili Padi Limau, Hidangan Ringkas Yang Membangkitkan Selera

Jika anda ingin menyediakan hidangan berasaskan daging, banyak hidangan ringkas dan mudah yang boleh anda sediakan.

Antaranya Daging Goreng Cili Padi Limau ini. Makan bersama-sama nasi putih panas dan ikan kering memang berselera dibuatnya.

BACA JUGA : Petua Mudah Nak Lembutkan Daging, Hanya Perlu Letak ‘Satu Bahan’ Dapur Ini Sahaja

DAGING GORENG CILI PADI LIMAU

Daging Goreng Cili Padi Limau

BAHAN A :

  • Daging
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu biji ketumbar
  • 1 sudu jintan putih

CARA-CARA :

1. Potong daging lawan urat dan nipis. Rebus daging sehingga empuk.

2. Tumbuk bawang putih, biji ketumbar, jintan putih, salutkan pada daging dan goreng hingga garing (pastikan goreng menggunakn minyak yang baru.

Daging Goreng Cili Padi Limau, Hidangan Ringkas Tapi Boleh Buat Makan Bertambah!

BAHAN B (BUMBU) :

  • 2 biji cili merah besar
  • 6 biji cili padi merah
  • 1/2 biji bawang merah besar
  • 1/2 biji bawang holland
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 biji Tomato
  • 1/2 biji limau nipis

CARA PENYEDIAAN :

1. Rebus semua bahan selama 15 minit. Toskan dan tumbuk kasar.

2. Panaskan minyak, goreng bahan yang telah ditumbuk, masuk belacan sedikit, gula 1/4, garam, mushroom seasoning, perahan limau nipis 1/2 biji, goreng cili sehingga garing.

3. Masuk daging yang telah digoreng dan daun limau purut.

Daging Goreng Cili Padi Limau

Sedia untuk dihidang. Mudah kan? Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Yatiekitchen

Related articles