Cucur Ketam Crispy, Sedap Makan Panas-Panas Cicah Sos. Guna Bahan Mudah Je!

Cuti-cuti ni apa anda hidangkan cucur ketam crispy ni pula. Resepi perkongsian Cik Dayang Zuhaila ini sangat ringkas dan mudah namun bila dah siap cicah dengan sos serius sedap! Makan panas-panas lagi umphh.

Mari kita ikuti perkongsian Cik Dayang Zuhaila dibawah ini.

RESEPI CUCUR KETAM CRISPY

Tetiba tengok gambaq ni teringin pulak nak makan cucoq ketam crispy. Bayangkan makan panas-panas waktu petang cicah pulak dengan sos. Fuhhh pekena pulak teh o seteko. Layannnn uiii

Resepi ni cik dayang dah share dah bulan posa hari tu. Kot ada yang terlepas mai cik dayang share lagi sekali kat hampa cucoq ketam yang ranggup kat luaq tapi lembut kat dalam. Kalau budak-budak jenis tak suka makan sayoq. Tak letak sayoq pon takpa. Tapi tak umphh la

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN :

  • 500g tepung gandum
  • 250g/1paket fillet ketam (dipotong lebih kurang 1inci)
  • 1 biji bawang besar (dihiris nipis)
  • 100g taugeh
  • 100g karrot (disagat)
  • 50g daun kucai
  • 2 cawan air
  • 1 1⁄2 tsp baking powder
  • Garam
  • GulaSecukup rasa
  • Minyak secukupnya

CARA-CARA MEMESAK :

1.Satukan kesemua bahan diatas dan kacau rata.

2. Kemudian masukkan air dan kacau sehingga adunan sebati. Adunan mesti lah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Kalau pekat boleh tambahkan air.

3. Perapkan adunan sekejap lebih kurang 20 minit.

4. Panaskan minyak. Gorengkan cucur sehingga keperangan dan masak dengan menggunakan api yang sederhana.

5. Sedia untuk dihidang. Rangup diluar. Lembut di dalam

Selamat Mencuba!

Kredit/Foto: Cik Dayang Zulaikha via Myresipi

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk tips dan artikel-artikel menarik

Viral Malaysiaku

Related articles